I am collecting every Islamic article from trusted sites. As my collection and sharing for everyone.

Monday, October 24, 2011

Groups: Sex guide reinforces gender stereotypes


PETALING JAYA: The controversial sex guide by the Obedient Wives Club (OWC) reinforces gender stereotypes, say women's groups.
All Women's Action Society (Awam) programme manager Betty Yeohsaid the book portrayed women as sex objects.
“It goes against gender equality and what women's groups have been fighting for all this while.
“The views expressed are backward when everybody is moving forward,” Yeoh said.
Club founder Hatijah Aam, who is also the author of the controversial book Seks Islam Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia (Sex in Islam Wage War Against Jews to Return Islamic Sex to the World), said that when a man reached the highest spiritual level, “he can appear in multiple apparitions and have sex with his wives even though they are in separate locations”.
She said this meant that when a man has reached the highest spiritual level, he will be granted the ability to have sex with his wives spiritually.
Women's Aid Organisation (WAO) executive director Ivy Josiah said they did not agree with the views expressed in the book.
“We are confident that people will reject their ideas,” she said.
Empower (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) programme officer A. Janarthini said a mature reading public should be able to determine what are positive values to be emulated.
Hatijah said the book would soon be launched globally in countries where OWCs have already been set up, including Singapore, Indonesia, Australia, Egypt, Syria, Jordan, Britain and France.
However, the club does not intend to launch the book in Malaysia.

Anti-hudud drive continues


Sunday October 23, 2011


IPOH: The anti-hudud campaign started by the Ipoh Timur MCA division last week continues to draw supporters, with more than 200 signatures collected within three hours when the petition drive was held at the Sultan Abdul Aziz Recreational Park here.
The petition drive at the park the second venue since the campaign started at the Pasir Pasir Pinji market on Oct 14 began at 7am yesterday.
“The division will conduct the campaign every week until the end of the year,” division chief Datuk Thong Fah Chong said.
At the end of the period, the petition would be handed over to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
Thong said most people knew only a little about hudud laws and assumed they would not be affected if the laws are enforced.
Division deputy chief San Chak Chun said he feared that hudud laws would destroy harmony and divide the people.
He added that hudud laws would not protect non-Muslims, saying common law would be discarded when hudud was implemented.


Thursday, September 8, 2011

Garis Panduan Penamaan Saudara Baru (JAKIM, 1998:2)

“ Nama orang Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Ia merupakan pengenalan diri seseorang, sama ada dari segi bangsa, keturunan dan agamanya. Saudara baru atau muallaf yang sbeleum itu mempunyai nama asal agamanya ditukarkan kepada satu nama yang membuktikan agama baru yang dianutinya. Penamaan adalah penting, khususnya kepada saudara baru bagi meudahkan dalam urusan kehidupan atau kematian”.

Menurut Prosedur Pengislaman JAIS pula, tidak terteranya keperluan pertukaran nama tetapi pindaan butiran agama diperlukan – “setelah menghadiri kursus, Kad Perakuan Memeluk Agama Islam akan dikeluarkan dan individu diminta membuat pindaan butiran di dalam kad pengenalan di JPN”.

Menurut Garis Panduan Penamaan Saudara Baru yang diterbitkan oleh JAKIM di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1998, penamaan saudara baru boleh dikategorikan kepada dua:-

1) Penamaan saudara baru bumiputera
2) Penamaan saudara baru bukan bumiputera

Ia menyatakan bahawa penamaan saudara baru hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah ataupun nama-nama Asma al-Husna (seperti Abdul Rahim, Abdul Rahman) yang difirkan sesuai dan biasa dipakai dalam masyarakat Islam.
Menurut garis panduan penamaan JAKIM (1998), penyelarasan penamaan pemeluk Islam akan memudahkan urusan-urusan berikut:-

1) Kematian. Apabila berlaku kematian mudah dikenalpasti mayat, pengurusan jenazah, pembahagian harta pusaka dan sebagainya.
2) Mengawal saudara baru daripada murtad dengan sewenang-wenangnya.
3) Pengenalan identity agama seseorang.

Rasionalnya:-

Perubahan nama untuk menunjukkan identity Islam seseorang pemeluk Islam adalah penting agar mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam urusan seperti kematian, pengebumian, perkahwinan, pembahagian harta dan pelanggaran hukum Islam memandangkan Muslim adalah tertakluk kepada undang-undang Syariah di Malaysia. Jika kita lihat dalam akhbar-akhbar yang lepas, banyak kes perebutan mayat pemeluk Islam Cina antara ahli keluarga dan jabatan agama di mana pemeluk itu memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya. Ada kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan melibatkan campurtangan politik.

Oleh kerana penggunaan kad pengenalan berbentuk chip “MyKad” membolehkan kita memaparkan perkataan Islam (untuk menunjukkan identity Islam), justeru perubahan nama tidak lagi menjadi satu keperluan untuk tujuan identifikasi rasmi.
Mengikut JPN, seseorang selepas memeluk Islam adalah dinasihatkan (bukan diwajibkan) untuk menukar nama asal mereka kepada nama Islam dalam kad pengenalan.

JPN tidak menetapkan apa-apa dasar yang berkaitan dengan corak nama pemeluk Islam, dan ia akan mendaftarkan nama pemeluk itu seperti yang dipaparkan dalam Kad Islam pemeluk tersebut. Corak nama adalah mengikut budi bicara Jabatan Agama dan JPN akan mengikut nama yang direstui Jabatan Agama dalam Kad Islam pemeluk. Oleh itu, yang penting (key person) dalam kes ini adalah pegawai di Jabatan Agama.

Tuesday, June 28, 2011

Kekeliruan ideologi Islam Liberal




Ideologi Islam Liberal sedang meresap dan akan mengancam pemikiran umat di negara kita. Ideologi itu sedang melebarkan sayap di sesetengah IPTA/IPTS dan badan bukan kerajaan. Menyedari berbahayanya ideologi itu, ZAIN A. GHANI menemui Prof. Madya DR. Mohamad Kamil AbDUL Majid (foto) dari Universiti Malaya untuk mendengar pandangan ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan yang sedang mengetuai kajian tentang fahaman ini. Ikuti penjelasan beliau.
Boleh Prof jelaskan perkembangan serta “kemajuan” gerakan Islam Liberal ini di negara kita, Malaysia? 

Apabila kita menyebut latar belakang pengaruh liberalisme terhadap Muslim, ia berlaku di negara kita adalah hasil daripada falsafah liberal yang wujud di Barat. Jadi apabila disebut liberalisme, modernisme, sekularisme, ia adalah “ideologi tiga beradik” yang saling berkait dan tidak dapat dipisahkan.

Sejak abad ke-15 lagi di Barat (terutama Perancis dan beberapa negara Barat) fahaman ini telah wujud ekoran kaum buruh yang tertindas oleh penguasa yang zalim – jadi golongan para ilmuwan dan filosuf mahu menggerakkan kemajuan tetapi ditentang oleh para penguasa yang disokong oleh gereja.

Lebih seratus tahun sebelum itu, kerajaan Andalus di Eropah telah mencapai tamadun pesat sehingga ramai pelajar Kristian dari kawasan lain  Eropah datang untuk menimba ilmu…?

Memang benar, tetapi setelah kerajaan Islam Andalus terpaksa keluar (mengalami kekalahan) dari Eropah pada 1492 M, barulah bermula gerakan pembaharuan (englightenment) di Eropah.
Diringkaskan sejarahnya, apabila Islam juga mundur; berlakulah “penyerapan” pengaruh Barat yang kita dikesan bermula di Timur Tengah.

Liberalism itu ada dua sahaja. Satunya adalah sebagaimana yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh Islam yang membawa pembaharuan (Islah) seperti Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha. Mereka mahu memajukan (liberal) masyarakat Islam tetapi dengan cara-cara yang dapat dianggap masih di dalam kawalan syariah.

Kedatangan fahaman liberalisme secara sengaja ataupun tidak dikatakan datang bersama kebangkitan semula Islam pada tahun 1970-an. Ia khususnya di Timur Tengah, terutamanya di Mesir.

Jika dirujuk kepada Mesir, apabila golongan Marxisme  menyedari alirannya sudah tertolak; ia mula mengalihkan kepada aliran Islam – tetapi Islam yang dibawa mereka adalah Islam aliran Muktazilah – orang yang berfahaman  kepada akal secara mutlak.

Fahaman ini juga akhirnya sampai kepada peringkat mempertikaikan wahyu.

Boleh Prof sebutkan tokohnya yang aktif di Mesir sekarang ini?

Antaranya bekas professor di Universiti Kahirah, Nasr Hamid Abu Zayd yang sekarang tinggal di Belanda. Yang lain ialah Hasan Hanafi, Mohamad Arkoun dan Amina Wadud, di Tunisia terdapat tokoh bernama Ali Harb – mereka yang disebut di atas adalah orang-orang yang mengepalainya.
Perkara utama yang dipertikaikan ialah ilmu-ilmu turath (warisan Islam) sehingga melibatkan al-Quran. Mereka mengadakan tafsiran al-Quran oleh ulama-ulama yang ditolak oleh ulama-ulama besar pada masa ini.

Maksudnya tidak relevan dengan suasana semasa?

Mereka mendakwa al-Quran itu bukan wahyu Tuhan yang asli, dakwa mereka wahyu itu sampai kepada Nabi Muhammmad tetapi apa yang dilafazkan Muhammad itu telah dibentuk di dalam bahasa nabi menurut sejarah dan budaya Arab.

Justeru, kononnya yang tertulis {naskhah al-Quran yang ada} bukan maksud al-Quran yang murni (asli). Mereka menyimpulkan al-Quran yang ada sekarang sebagai ciptaan Nabi Muhammad – sebagaimana tuduhan orientalis sebelum ini.

Tambah fahaman itu, kita tidak lagi memerlukan wahyu kerana akal manusia sekarang ini sudah lengkap daripada sudut ekonomi, sosial dan lain-lain tetapi yang paling penting pada manusia ialah akal.

Bagaimana ia dibawa ke tempat kita dan berkembang pula, boleh Prof perincikan?

Ajaran ini mempengaruhi pelajar-pelajar Indonesia di Kaherah – yang paling masyhur ialah Ulil Abshar Abdalla; dan idea ini sebelumnya awal 1970-an dicetuskan oleh Nurcholis Madjid yang dianggap Godfather Islam Liberal di negara itu. Nurcholis ialah lepasan Universiti Chicago, Amerika Syarikat yang mendapat pendidikan langsung daripada Prof Fazlur Rahman.

Tetapi Nurcholis tidak selantang dan seagresif kumpulan Ulil Abshar yang dinamakan Jaringan Islam Liberal (JIL) yang berpusat di Utan Kayu, Jakarta.

Para pelajar Indonesia di Mesir pula dikatakan lebih daripada 60 peratus berminat dengan fahaman Hassan Hanafi.

Mereka mempersoal al-Quran dan al-Hadis sebagaimana Kassim Ahmad  pada 1990-an menerbitkan buku Hadith – Satu Penilaian Semula. Buku Kassim telah diterjemahkan ke bahasa Arab dan kata pengantarnya ditulis Hassan Hanafi. 

Jadi dari Mesir masuk ke Indonesia, dan dari Indonesia masuk ke Malaysia. Siapakah pembawanya ke Malaysia?

Kumpulan ini termasuklah  beberapa tokoh di dalam dan yang pulang dari luar negara dan beberapa orang yang sering menggunakan perkataan pencerahan ‘enlightenment.’ Mereka juga marahkan raja dan ulama.

Di Malaysia, kumpulan ini tidak lahir di dalam bentuk pertubuhan seperti Indonesia, tetapi yang kelihatan ialah pengaruh berbentuk idea sebagaimana Sisters In Islam dan beberapa penyokong pertubuhan parti politik – termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Kewujudan kumpulan ini tentunya melahirkan “bahaya” kepada masyarakat Muslim. Aspek apa yang Prof nampak?

Bahaya terbesar ialah perpecahan sesama Muslim, perpecahan mazhab, perpecahan politik, ajaran salah dan Islam Liberal ini telah diwartakan sebagai ajaran salah oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) sejak 2006.

Begitu juga ajaran Kassim Ahmad juga telah diwartakan, cuma pelaksanaannya terletak di tangan gabenor atau raja di negeri-negeri Malaysia.

JAKIM hanya mampu mengeluarkan fatwa, tetapi pelaksanaan atau penguatkuasaan terserah kepada kerajaan negeri masing-masing.

Satu lagi masalah ialah kumpulan ini akan menyebabkan kekelam-kabutan kepada penafsiran ajaran Islam sebenar. 

Apa yang berlaku di Mesir dapat diambil iktibar bahawa fahaman ini sangat berbahaya.
Contohnya ketika berada di Mesir, saya bertemu dengan Jamal, adik Hasan al Banna yang berfahaman liberal. Jamal mengatakan dia tidak lagi menggunakan method asas di dalam Islam seperti berdasarkan al-Quran, hadis ijmak atau qiyas tetapi menggunakan method bebas untuk menterjemahkan perkara berkaitan agama Islam.

Seorang  wanita liberal bernama Nuwal al- Sa’dawi menulis sebuah buku berjudul Apabila Tuhan Meletakkan Jawatan. Nuwal seolah-olah telah meletakkan bahawa Tuhan sudah mati – begitulah golongan ini mempermainkan Tuhan.

Tetapi jika kita lihat semula pandangan Hasan Hanafi, ia tidaklah sebahaya itu yang katanya: “Manusia yang mencipta Tuhan….” setakat itu saja.

Golongan Islam Liberal ini berpegang kepada ideologi humanisme Barat.

Mereka berhujah: “Kenapa Allah mempunyai nama  sehingga  99? Kenapa Tuhan itu alim? Kerana manusia itu jahil (tidak mengetahui), jadi manusia mahu satu ideal iaitu al-alim - kerana manusia tidak dapat mendengar , tidak dapat melihat. Oleh itu manusia perlukan sifat  sami’ul basyir, iaitu dapat mendengar dan dapat melihat.”

Antara bahaya ajaran ini ialah akan lahir pengikut yang meremehkan al-Quran, meremehkan hadis dan otoriti ulama, ini kerana mereka menganggap ulamalah yang pandai-pandai “mentafsirkan” Islam.

Sedangkan mereka mahu supaya sesiapa sahaja dapat mentafsirkan Islam.

Mereka telah menolak autoriti, kerana pada anggapan mereka autoriti di langit ialah Tuhan, sementara autoriti di bumi ialah raja.

Hassan Hanafi menulis suatu ungkapan pada bukunya Minal Aqidah Ilal Thaurah - yang bermakna “daripada akidah kepada tamadun.” Maksudnya, daripada sekadar asyik membincangkan sifat atau zat Tuhan sahaja, eloklah kita membincangkan tentang revolusi pula.

Antara revolusi anjurannya ialah menghakiskan kuasa Tuhan di langit dan menghakiskan kuasa  raja di bumi, dan juga menghakiskan otoriti para ulama.

Mereka benar-benar yakin apabila apa yang dianggap “dua autoriti” ini terhapus, umat Islam akan menjadi maju?

Ya, kata mereka lihat di Barat di mana tiada lagi kuasa raja dan paderi di gereja dan kononnya akal pun dapat berfungsi dengan lancar. Itulah yang mereka maksudkan dengan pencerahan (enlightenment).

Banyak perkara yang ada kaitan dengan Islam itu mereka anggap dongeng belaka. Umpamanya mereka anti kepada wanita memakai tudung, atau lelaki bersongkok atau berserban kerana kononnya menghalang oksigen – tidak sampai ke kepala.

Oleh itu, kata mereka, ulama-ulama begini jumud sifatnya dan bahkan mengejek  para ulama sebagai keldai-keldai tunggangan sahaja.

Jadi berbetulanlah “apabila Tuhan telah meletakkan jawatan, para ulama juga tidak berperanan lagi.”

Pada tahun lepas (2008), ketika saya  melawat Timur Tengah – terjadi polemik besar antara para ulama dengan Nuwal al-Sa’dawi yang kini melarikan diri dan tinggal di Belanda. Mereka mengadakan sidang video dan berdialog dengan Nuwal, mempersoalkan dakwaan dan penghinaan terhadap agama oleh wanita itu.

Sebelum itu Mahkamah Tinggi Mesir telah memutuskan Nasr Hamid Abu Zayd sebagai murtad dan dipisahkan daripada isterinya.

Jadi, yang jelas pemikiran Islam liberal yang tanpa batasan ini telah mengacau pemikiran umat yang selama ini telah dijaga oleh para ulama. Ekorannya, kumpulan ini sangat marah dan sinis kepada lepasan al-Azhar dan Timur Tengah lain.

Akhir-akhir ini kita dapati ramai pelajar lepasan Jordan yang bergiat menyebarkan fahaman ini dan mendapat bantuan daripada pertubuhan yang dipanggil Konrad Adeneur yang berpusat di Berlin, Jerman.

Yayasan lain ialah yang berperanan  dalam penyebaran Islam Liberal ini adalah  Yayasan Fullbright, Yayasan Toyota, Yayasan Ford, dan Asia Foundation.

Dan di Indonesia, mereka berlumba-lumba menubuhkan Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) atau NGO yang mendapat bantuan badan-badan tersebut untuk mempromosikan Islam Liberal melalui buku-buku dan majalah. 

Patut juga disebut  bahawa mantan presiden ketiga, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) adalah termasuk tokoh pendukung utama idea Islam Liberal ini.

Gus Dur apabila ditanya sama ada bolehkah menerima bantuan daripada Amerika, kerana di sebalik bantuan tentu ada sesuatu di sebaliknya?

“Tak ada apa-apa, mereka itu wangnya banyak!” jawab Gus Dur selamba.
Orang yang memberi bantuan tentulah ada strateginya.

Yang paling menonjol sekali ialah gerakan feminisme. Walaupun Islam tidak pernah menafikan hak wanita, tetapi gerakan mereka ialah untuk menyamakan wanita dengan lelaki, yang disebutkan sebagai gender. Di Malaysia, ianya di bawa oleh SIS.

Antara tokohnya ialah Aminah Wadud yang pernah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa, apabila balik ke AS  telah membuat satu isu besar dengan mengimamkan solat Jumaat di mana makmumnya bercampur-baur bersama-sama lelaki.

Juga tuntutan wanita sebagai ketua keluarga. Begitu juga mempersoalkan kenapa lelaki berhak berpoligami.

Mereka turut mempersoal kenapa kaum lelaki mendapat nisbah yang lebih di dalam pembahagian pusaka. Seolah-olah ulama bias kepada wanita.

Sedangkan Islam mengiktiraf wanita sama taraf – tetapi lelaki dan wanita itu menyumbang kepada masyarakat dengan fungsi yang berbeza.

Tetapi mereka mahu samakan fungsi di antara lelaki dengan wanita, dan hasil daripada perjuangan yang dipanggil “gender’ ini terhasil banyak wanita yang menjauhi perkahwinan.
Pada mereka adalah hina bagi wanita menjadi “kilang” untuk melahirkan anak kepada lelaki. Jadi mereka melihat sesuatu itu daripada perspektif akal semata-mata.

Bagaimana kita mahu membetulkan perkara yang salah ini?

Di Universiti Malaya kita wujudkan satu kumpulan  yang terdiri daripada tujuh orang, terdiri daripada beberapa pensyarah dan pelajar untuk membuat kajian. Setakat ini kita telah melawat Mesir dan mendapat sumber-sumber asal dan bahan-bahan  yang ditulis oleh tokoh-tokoh dan berkaitan dengan mereka.

Kita juga telah melawat Jakarta, Indonesia untuk mendapat sumber asal daripada tokoh mereka. Kajian kita bukan sekadar luaran tetapi kita telah melakukan kunjungan ke Indonesia untuk mendapat sendiri buku-buku dan tulisan serta merakam dan mendokumentasikan percakapan tokoh-tokoh mereka sendiri di Indonesia.

Setakat mana usaha menerangkan kepada masyarakat?

Kita telah mula mengadakan road show ke seluruh negara. Baru-baru diadakan program bersama pejabat Mufti Melaka, dan bersama JAKIM kita telah adakan program di Sabah dan Sarawak, menerangkan pembohongan kumpulan Islam Liberal ini. Kita juga telah pergi ke Terengganu dan akan terus  menerangkan kepada masyarakat seterusnya.

Banyak orang yang terkejut dan bimbang tentang masa depan agama Islam dan mereka meminta kerajaan menguatkuasakan undang-undang supaya dapat membendung dan menyekat pemikiran karut dan jahat ini.

Dan apa yang bahaya selepas itu kebanyakan mereka ini juga berpegang kepada “pluralisme” agama, di mana mereka mendakwa bahawa :“semua agama sama.”

Di Indonesia telah berlaku kahwin silang agama di mana bukan sahaja lelaki Islam berkahwin dengan wanita bukan Islam, tetapi telah berlaku juga lelaki bukan Islam berkahwin dengan wanita Islam.

Sebagaimana anak perempuan Nurcholis yang Muslimah berkahwin dengan lelaki Yahudi?

Ketika di Jakarta saya menyelidikinya dan memang benar anak perempuan Nurcholis  berkahwin dengan lelaki Yahudi, dan Nurcholis memberi keizinan – kerana ketika itu dia masih hidup. 

Dan yang malangnya di sana terdapat orang bertaraf kiyai yang kerjayanya adalah sebagai “juru nikah” orang-orang yang mempraktikkan silang agama itu.

Reaksi terbaru JAKIM dan jabatan agama negeri?

JAKIM dan jabatan agama negeri-negeri telah mewartakannya sebagai ajaran sesat. Tetapi apa yang membimbangkan saya, terdapat usaha untuk membina kolej ataupun mungkin universiti Islam Liberal di negara kita untuk mempromosikan ajaran sesat ini.

Di Jakarta,  universiti mereka bernama Paramadina, dan golongan ini telah menguasai Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta. Tokoh-tokoh mereka adalah pengajar di universiti itu – antaranya Azyumardi Azra, Komarudin Hidayat, Kausari Noer dan beberapa lagi.

Bagaimana mereka gunakan kemudahan IT?

Dengan kedatangan IT dan globalisasi – semua kemudahan dan maklumat dapat diakses oleh banyak orang, dan golongan Islam Liberal telah menggunakan kemudahan ini untuk memperkembangkan idea mereka.

Islam Liberal ini pula dalam rangka hendak memecahkan belah ini membahagikan Muslim kepada dua. Satu, Muslim yang mengamalkan agama dan Muslim yang tidak mengamalkan agama.

Sedangkan Islam tidak membuat pembahagian sedemikian. Seseorang Muslim itu adalah Muslim seluruhnya daripada iman, amalan dan tingkah lakunya – tiada kompromi atau pembahagian.


http://ummatanwasatan.net/2009/05/kekeliruan-ideologi-islam-liberal/

Thursday, June 16, 2011

Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid memberitahu, banyak permohonan untuk keluar Islam dibuat oleh golongan mualaf yang baru memeluk Islam.

NONE“Yang ramai itulah dia, (orang yang) bertukar kepada Islam,” katanya ketika ditanya sama ada majoriti yang memohon menukar agama terdiri daripada saudara baru.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran terperinci berhubung pendedahannya itu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan, permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah bagi seluruh negara adalah 135 orang antara tahun 2000 hingga 2010.

Laporan itu berdasarkan statistik yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat yang menyatakan permohonan menukar status agama oleh orang Islam adalah 863 kes dan sebanyak 168 diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Lebih memeningkan lagi, menteri berkenaan pada petang Rabu, dipetik Bernama sebagai menafikan jawapan yang diberikannya kepada Dewan Rakyat itu.

sitting in a mosqueBernama melaporkan Jamil Khir berkata sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tamyes turut melahirkan kebimbangannya berhubung peningkatan bilangan permohonan murtad yang ramai.

“Bukan saya seorang saja (bimbang), semua berasa bimbang. Saya harap golongan tertentu (yang ingin murtad) jelas matlamat (mereka) yang sebenar,” kata Tamyes.

Ramai yang dari Hindu

Sehubungan itu, beliau mencadangkan semua pihak, terutamanya penguatkuasa agama menggandakan usaha membenteras gejala itu dengan menggiatkan usaha dakwah.

“Semua pihak (berusaha) bukan hanya pihak penguatkuasa sahaja. Orang ramai termasuk ibu bapa dan masyarakat kena berusaha,” katanya.

NONEBeliau juga mengingatkan, seseorang yang ingin menganut agama Islam perlulah dengan kerelaan hati dan bukannya kerana paksaan bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.

“Kalau begitu, dia (saudara baru) akan komited (berpegang pada Islam),” katanya lagi.

Sementara itu, seorang pegawai penasihatan akidah di Jabatan Mufti Selangor, M Daruddin Taib @ Hassan memberitahu, di negeri itu, kebanyakan kes murtad melibatkan kaum India.

“Kita (jabatan mufti) menggunakan panel (yang dianggotai orang) Hindu yang masuk Islam (untuk kes sebegitu), saya tak boleh bertutur bahasa Tamil,” katanya.

Namun menurut beliau, terdapat juga kes lain yang melibatkan pelbagai latar belakang.

“Macam-macamla latar belakang. Ada yang lahir dan dibesarkan oleh keluarga yang bukan beragama Islam,” katanya.

Katanya lagi, ada yang memohon untuk bertukar kepada Islam kerana ingin berkahwin dengan orang Islam namun kegagalan perkahwinan mendorong mereka kembali ke agama asal.

http://www.malaysiakini.com/news/167179?fb_comment_id=fbc_10150226605962897_17213797_10150226693422897#f2b7667ee8232ba

Tuesday, June 7, 2011

Penemuan Saintifik Rahsia Lalat




"Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit."
Hadis riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Secara dasarnya, hadis ini memperkenalkan konsep vektor dalam penyebaran penyakit. Vektor ialah haiwan dan serangga tertentu, contohnya lalat yang membawa kuman-kuman keapda makhluk lain, contohnya manusia. Dalam konteks lalat, konsep vektor ini hanya baru difahami pada abad kesembilan belas sedangkan Nabi Muhammmad menyebut mengenainya pada abad ketujuh lagi.

Hadis lalat ini menampakkan keunikan dan kebaikan lalat. Perkara ini terbukti pada hari ini apabila sains moden menjadikan lalat buah, khususnya "drosophila melanogaster" sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi Muhammmad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.

Penemuan ini merangsang pakar-pakar sains untuk terus mengkaji. Seperkara yang perlu disebutkan, tidak ada sebarang laporan daripada Nabi Muhammmad yang menyuruh kita meminum air yang dimasuki lalat. Hadis ini hanya tertumpu kepada penyakit dan penawar yang ada pada lalat. Mereka yang menganggap Nabi Muhammmad adalah pengotor dan ajaran Islam tidak relevan berdasarkan hadis ini adalah daripada golongan yang tergesa-gesa. Penemuan- penemuan semasa menunjukkan kata-kata Nabi Muhammmad adalah benar dan relevan dengan kehidupan manusia pada hari ini.


*Petikan tulisan Dr Danial Zainal Abidin dari buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden.

Sunday, June 5, 2011

Allah - Does it Mean God?

Does it Mean God?

The word "Allah" is the perfect description of the "One God" of monotheism for Jews, Christians and Muslims!

Is "Allah" only for Islam and Muslims?
[No! It is for All Three Abrahamic Faiths.]

"Allah" is the same word used by Christian Arabs and Jewish Arabs in their Bible, centuries before Islam came.

On page one [1] of Genesis in the Old Testament, we find the word "Allah" seventeen [17] times.

Every hotel and motel has a Bible. Next time you see one look in the introduction, you will find samples of the different languages they have translated. For Arabic they have translated the verse in the New Testament in Arabic from the famous verse in the Gospel John 3:16 -

"For God so loved the world..."
- and the word the translators used in Arabic for "God" is the very same word used by Muslims around the planet, "Allah."
Where Does the word "Allah" Come From?

"Allah" comes from the Arabic word "elah"a god' or something worshiped. - (Arabic) means '

This word (elah) can be made plural (gods), as in "aleha" and it can be male or female just as the word in English can be "goddess."

"Allah" comes from "elaha" but it brings more clarification and understanding.

Allah = Has no gender (not male and not female)
"He" is used only out of respect and dignity - not for gender
Allah = Always singular - Never plural
"We" is used only as the "Royal WE" just as in English for royalty
Allah = Means "The Only One to be Worshipped"


Monday, May 30, 2011

Al-Quran 'sentuh' Dr. Miller

Susunan ZUARIDA MOHYIN

INILAH salah satu surah yang telah mengubah kehidupan seorang mubaligh kristian yang juga merupakan seorang pakar matematik serta mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian dari Kanada bernama Dr. Gary Miller.

Dr. Miller atau nama Islamnya, Abdul-Ahad Omar mengakui kekagumannya dengan ayat-ayat al-Quran itu yang dianggap sebagai satu keajaiban.

Selain ia membicarakan persoalan duniawi dan ukhrawi manusia dalam segala aspek kehidupan, Dr. Miller turut terkesima waima dirinya seorang yang suka mencari bukti secara saintifik dan logik, disebabkan latar belakangnya.

Ditambah pula, ada antara ayat suci dalam al-Quran itu mencabar masa depan dengan hal-hal yang manusia sendiri tidak dapat meramal atau menjangkakannya.

Salah satu contohnya ialah daripada surah di atas ini. Ia berkenaan hubungan antara Muslim dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi Muslim. Hal itu berlaku sampai sekarang di mana musuh bagi umat Islam adalah orang Yahudi.

"Semuanya bermula sebaik saya menerima hadiah senaskah al-Quran pada 1978. Niat awalnya saya mengkaji dan ingin membaca al-Quran untuk menarik orang Islam masuk ke agama Kristian.

"Sebenarnya, saya mahu mencari kesalahan dalam al-Quran, agar dengan cara itu senang untuk saya menggoyahkan akidah umat Islam.

"Anggapan awal saya, kitab al-Quran adalah sebuah kitab kuno dan mengandungi cerita tentang padang pasir sahaja. Akhirnya, setelah mendalami satu demi satu helaian al-Quran, apa yang ditemui saya sendiri tidak pernah menjangkakannya," akui Dr. Miller.

Beliau akhirnya menyedari dan mengakui kebenaran al-Quran.

Kata Dr. Miller, beliau cuba mencari kisah kesukaran atau detik kesedihan Rasulullah apabila kematian isteri dan bapa saudaranya, tetapi tidak jumpa. Begitu juga dengan surah Aisyah, surah Fatimah dan surah Khadijah.

"Apa yang saya temui ialah tentang Maryam (surah Maryam). Sedangkan dalam kitab Injil tidak ditemui langsung.

"Malahan dalam al-Quran Al-Masih Isa disebut sebanyak 25 kali. Sedangkan Nabi Muhammad SAW disebut empat kali sahaja. Hal ini menyebabkan saya makin pening.

"Saya mencari lagi dengan harapan ada kesilapan di dalam al-Quran.

"Saya teruskan pembacaan dengan lebih teliti lagi. Namun sebaik sampai ke surah an-Nisaa' ayat 82, saya tambah terkejut," katanya.

Ujarnya, salah satu prinsip saintifik yang terkenal adalah untuk mencari kesalahan atau mencari kesalahan dalam teori sampai itu terbukti benar.

Apa yang menakjubkan Dr. Miller, bahawa al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan di dalamnya.

"Tidak ada penulis di dunia ini memiliki keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa hal itu sifar kesalahan.

"Namun al-Quran, sebaliknya. Ia memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba mencari waima satu kesilapan. Yang pastinya, anda tidak akan menemui apa pun.

"Apabila saya bertemu pula dengan surah al-Anbiya' ayat 30, saya dapati ayat ini sama dengan kajian saintifik yang memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1973 dan ia adalah mengenai teori ledakan besar.

"Ia menjelaskan teori tentang alam semesta adalah hasil daripada sebuah letupan besar yang mengarah pada pembentukan alam semesta dengan langit dan planet," katanya.

Antara tulisan beliau yang menarik adalah The Amazing Quran (Quran Yang Mengagumkan).

Dalam karyanya ini, beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik.




http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Friday, May 27, 2011

Perkahwinan sebangsa - Buka mata keluarga

Perkahwinan sebangsa - Buka mata keluarga


Rencana AZMI ABDUL MALEK

MOHAMMAD Hafiz Ng Abdullah dan Asmah Beng Abdullah, masing-masing berusia 39 tahun bertemu jodoh setelah masing-masing memeluk Islam sejak 16 dan 23 tahun lalu.

Mohammad Hafiz memeluk Islam ketika usia beliau dalam lingkungan 20-an, manakala Asmah mengucap dua kalimah syahadah pada usia belasan tahun lagi.

Mohammad Hafiz yang dibesarkan di bandar raya Ipoh melalui jalan pengIslaman yang cukup berbeza dengan isterinya, Asmah yang banyak dipengaruhi cara hidup masyarakat Orang Asli Jahut di Temerloh, Pahang.

Biarpun jarak di antara mereka beribu batu namun takdir Ilahi tiada siapa dapat menghalangnya.

Mohammad Hafiz dan Asmah, akhirnya bertemu seterusnya bergelar suami isteri, sewaktu sama-sama menuntut di Institut Dakwah Islamiah (IDI), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Petaling Jaya, kira-kira 16 tahun lalu.

Kini, hasil perkongsian hidup pasangan bahagia ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohd Qaiyim, 12, dan Mohd Sina, 11, pelajar Sekolah Kebangsaan Cator Avenue, Ipoh.

``Sebelum saya berkahwin dengan Asmah, keluarga menganggap saya peluk Islam sebab hendak berkahwin dengan gadis Melayu tetapi jodoh dengan Asmah, sekali gus telah menolak tanggapan itu,'' akui Mohammad Hafiz sewaktu ditemui di rumahnya di Ipoh, baru-baru ini.

Malah menurut Mohammad Hafiz, beliau sanggup merahsiakan pengIslamannya daripada ahli keluarga terutamanya pada ibu bapa kandung kerana kecintaan dan keyakinan beliau kepada Allah s.w.t.

Mohammad Hafiz mengakui ketika masih bernama Vincent Ng San Sui beliau sememangnya suka kepada hiburan seperti menghabiskan waktunya di kelab-kelab malam dan disko.

Pun begitu, hatinya masih tidak terhibur dan beliau masih mencari-cari ketenangan hidup sehinggalah berkenalan dengan seorang saudara baru dalam satu pertemuan yang tidak dirancang.

``Dialah yang menunjuk jalan dan membuka hati saya untuk mempelajari kehidupan bergelar seorang Muslim,'' cerita Mubaligh Islam di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) ini.

Semenjak itu, beliau ditugaskan berdakwah kepada saudara baru dan masyarakat bukan Islam.

Cabaran

Menceritakan pengalaman bergelar seorang Muslim, beliau akui cabaran berbentuk cemuhan ahli keluarga dan rakan-rakan sebaya sebagai asam garam bagi mereka yang bergelar saudara baru.

``Saya tidak marah dan hanya mendiamkan diri. Malah lima tahun belajar agama di IDI, Perkim, saya rahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

``Tetapi apabila keluarga tahu, mereka marah dengan pengIslaman saya kerana menganggap masyarakat Melayu Islam itu malas, pentingkan diri sendiri dan kehidupan Islam begitu membebankan.

``Mereka tanya mengapa saya mencari jalan susah, sedangkan kehidupan budaya mereka sememangnya mudah dipraktikkan,'' kata Mohammad Hafiz.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Hafiz berkata, ibu bapanya tidak suka kepada orang Melayu berdasarkan sejarah kehidupan yang pernah dilalui.

Insiden berdarah di antara sebuah keluarga jiran yang keturunan Cina dengan seorang berbangsa Melayu telah meyakinkan lagi tanggapan negatif keluarga sebelah neneknya tentang orang Melayu.

Selain itu, kebimbangan ahli keluarga bahawa Islam akan memisahkan hubungan kekeluargaan serta kehilangan nama keluarga Cina, tambah memburukkan lagi keadaan.

Tindakan beliau berkeras dengan pilihan Islam mengukuhkan lagi anggapan keluarga bahawa beliau cuba membuang bangsa dan keturunannya sendiri.

Di samping itu, mereka juga menganggap Islam dan Melayu begitu sinonim sedangkan, hakikatnya budaya Melayu dan ajaran Islam itu berbeza.

``Alhamdulillah, kini keluarga mula faham setelah diberikan penjelasan terperinci tentang kedudukan Islam dan Melayu di negara ini oleh saya.

``Sebenarnya, Islam bukan terletak kepada nama, sebaliknya amalan dan ketakwaan seseorang umat itulah yang lebih diambil kira oleh Allah s.w.t.

Biarpun berlainan agama, Mohammad Hafiz masih pulang menjenguk ibu bapa malah setiap kali selepas solat, beliau tidak lupa memanjatkan doa agar suatu masa nanti mereka juga akan menerima Islam dengan penuh keinsafan dan keredaan terhadap Allah s.w.t.

Ditanyakan perbezaan ketara selepas memeluk Islam, katanya aspek ketenteraman rohani begitu dirasai dan berharap semoga hatinya sentiasa tetap dengan Islam sehingga akhir hayat.

Berkongsi pengalaman bergelar mubaligh, beliau akui ia mencabar terutamanya apabila membabitkan hubungan saudara baru dengan ahli keluarga masing-masing.

``Saya pernah berdepan dengan situasi perebutan jenazah saudara baru di kalangan ahli keluarga dan JAIP.

``Kebiasaannya JAIP akan menguruskan jenazah saudara baru ini mengikut ajaran Islam tetapi keluarga kandung si mati mahu ia diuruskan mengikut adat mereka. Pertelingkahan ini sehingga menimbulkan kekecohan.

``Saya terpaksa mengemukakan bahan bukti bahawa anak mereka sudah memeluk Islam. Selepas itu barulah keadaan kembali reda,'' katanya.

Bertentangan

Kata Mohammad Hafiz, ada kalanya JAIP membenarkan jenazah berada semalam dengan ahli keluarga berkenaan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam keesokan harinya.

Tambah beliau, sepanjang tempoh itu mereka dilarang melakukan upacara penyembahan berhala atau apa sahaja amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Itupun sekiranya, keluarga si mati bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.

Menyedari mereka adalah pasangan saudara baru, Mohammad Hafiz cuba menerapkan didikan Islam kepada anak-anaknya semenjak dari peringkat awal lagi. Apatah lagi, cita-citanya mahu anak-anak menjadi pendakwah apabila dewasa kelak.

``Saya sering bawa anak-anak menghadiri program pengajian Islam sama ada di destinasi berdekatan atau jauh. Selain, mengajarkan ibadah-ibadah penting bermula dengan sembahyang, puasa dan lain-lain. Alhamdulillah, kini mereka sudah pandai melakukan sembahyang dan mengamalkan cara hidup seorang Muslim,'' katanya.

Mengulas tentang peluang mengembangkan ajaran Islam kepada bukan Islam pada masa kini, tegas Mohammad Hafiz ia tidaklah begitu sukar memandangkan latar belakang pendidikan yang ada dan berkemampuan bergaul dengan semua kaum.

Setakat ini beliau sudah berjaya mengislamkan saudara baru melebihi 500 orang.

Bagi Asmah pula, beliau mengenali Islam melalui pembacaan dan bantuan bapa saudaranya yang juga seorang guru, Abdul Wahab Awang Juan, 40-an.

Asmah berasal dari keluarga campuran Orang Asli daripada suku Jahut di sebelah nenek dan datuknya berketurunan Cina berasal dari Kampung Penderas, Kuala Kerau, Temerloh, Pahang.

Menurut beliau yang memeluk Islam pada 1982 bersama enam adik-beradik yang lain, Asmah masih bersedih kerana ibu bapanya belum menerima hidayah Ilahi.

Malah anak ketiga daripada tujuh adik-beradik itu, sentiasa berdoa agar ibu bapanya memeluk Islam.

``Bapa takut terkena sumpahan sebagai anak derhaka daripada roh ibu dan datuk neneknya yang sudah meninggal dunia. Sikap bapa ini turut menghantui fikiran ibu menyebabkan dia juga tidak mahu peluk Islam,'' cerita Asmah yang berkenalan dengan Mohammad Hafiz selepas menerima tunjuk ajar daripada beliau dalam mata pelajaran Matematik.

Menceritakan cabaran beliau selepas memeluk Islam, kata Asmah, pemakaian tudung telah menimbulkan sedikit kejanggalan dalam hubungan beliau dengan keluarga suami. Ini kerana, mereka menganggap memakai tudung itu kolot dan tidak cantik.

Bagaimanapun tindakan bijak suami telah menghindarkan natijah yang lebih buruk berlaku.

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang pengIslaman beliau ialah tentang tindakan datuk yang memilih Islam selepas doanya untuk sembuh daripada penyakit ganjil dimakbulkan Allah s.w.t.

``Selepas sembuh datuk saya yang juga merupakan ketua kampung di situ bersama isteri dan cucunya telah memeluk Islam,'' kata Asmah mengakhiri perbualan.

Sumber: Utusan Malaysia 140705

Monday, May 23, 2011

Kehidupan alam roh adalah berbeza

PERBUATAN dan tindakan para arwah adalah seperti perbuatan dan tindakan para malaikat. Mereka tidak memerlukan kepada sentuhan dan juga peralatan. Mereka tidak hidup mengikut peraturan kehidupan yang kita kenali dan ketahui kerana mereka itu berada di alam yang lain.

Di dalam firman Allah SWT, disebutkan: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku". (al-Israk: 85)

Apakah yang mereka ketahui dan fahami tentang perbuatan atau peraturan hidup malaikat dan jin di dalam alam ini?
Tidak syak bahawa arwah itu mempunyai kebebasan yang boleh menjawab seruan orang yang menyerunya dan menolong orang yang meminta pertolongan daripadanya betul-betul sama seperti orang yang hidup dengan jasadnya di atas dunia ini.

Bahkan, mereka boleh memberi pertolongan yang lebih hebat dan besar daripada orang yang hidup.

Jika mereka tidak boleh memahami kecuali dengan pancaindera dan tidak mengakui kecuali dengan penyaksian mata kasar, maka ia adalah ciri-ciri orang yang mengikut pancainderanya sahaja. Ini bukannya sifat orang-orang Mukmin.
Kalaupun kita cuba mengikut pendapat mereka, bahawa arwah itu setelah berpisah dengan jasad, tidak mampu melakukan apa pun, namun kita tetap akan berkata kepada mereka: "Kalaupun kita bersetuju dengan dakwaan itu, kita tetap berhak menetapkan bahawa pertolongan para nabi dan wali bagi orang yang memohon pertolongan kepada mereka tetap ada dalam bentuk yang lain".

Iaitu menolong orang yang menziarahi mereka dan meminta tolong dengan mereka melalui doa yang dipanjatkan kepada Allah untuk mereka sebagaimana halnya seorang yang soleh mendoakan orang yang lain.

Maka ia merupakan doa seorang yang mulia bagi orang yang kurang kemuliaannya. Atau pun, paling kurang, ia adalah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain. Kita sepakat bahawa arwah mampu melakukan ini.

Arwah dapat merasa dan mengetahui, bahkan, perasaan mereka lebih sempurna, dan pengetahuan mereka lebih luas, setelah jasad terpisah daripada mereka kerana telah terhapusnya hijab tanah yang menghalang mereka dan terlepasnya mereka daripada belenggu syahwat kemanusiaan.

Dalam hadis ada disebutkan, bahawa segala amal perbuatan kita diperlihatkan kepada baginda SAW. Jika baginda SAW mendapati ia baik, maka nabi SAW memuji Allah; dan jika nabi SAW mendapati ia sebaliknya, maka baginda SAW memohon keampunan bagi kita.

Rumusannya, sesungguhnya, yang diminta pertolongan dan bantuan itu adalah Allah SWT jua. Tetapi, si peminta memohon kepada Allah SWT dengan cara bertawassul dengan nabi Muhammad SAW agar dapat memenuhi permintaannya.

Penolong yang sebenar adalah Allah, tetapi si pemohon mahu memohon kepada Allah melalui orang-orang yang dekat di sisi-Nya dan yang dimuliakan-Nya, terutamanya nabi SAW.

Seolah-olah si pemohon berkata: "Aku termasuk di dalam golongan orang yang mencintainya (atau umatnya), maka rahmatilah aku demi kemuliaannya".

Allah pasti akan merahmati ramai manusia demi kemuliaan dan keagungan Nabi Muhammad SAW, para nabi, para rasul dan ulama.

Bahawa Allah SWT memuliakan orang yang dikasihi dan dicintai oleh Nabi Muhammad SAW demi kemuliaan nabi-Nya, bahkan Allah memuliakan sebahagian hamba-Nya, disebabkan kasih-Nya terhadap hamba-hamba-Nya yang soleh, sememangnya suatu hakikat yang dimaklumi dan diakui.

Soal jawab isu kontemporari Islam

DEWASA ini, antara kaedah yang digunakan oleh musuh-musuh Islam ialah dengan mengelirukan pemikiran umat Islam perihal agama mereka.

Mereka sanggup menghabiskan banyak masa dengan mengkaji al-Quran dan sunnah, demi memutarbelitkannya. Akhirnya, maklumat yang dikelirukan itu disebarkan kepada masyarakat, dengan satu matlamat 'jahat' iaitu supaya generasi baru umat Islam meragui serta membenci agama mereka sendiri.

Bahaya menanti umat Islam seandainya dakyah ini ini tidak dibendung sebaiknya, ia bakal memurtadkan golongan umat Islam terutamanya, mereka yang cetek pengetahuan ilmu agama Islam.

Lantaran itu, ilmu yang mantap bukan sahaja mampu menangkis serangan, tetapi juga boleh menjadi peluru bagi menyerang minda musuh sehingga akhirnya mereka kagum dengan Islam dan memeluk Islam.
Justeru PTS Millennia Sdn. Bhd. terpanggil menerbitkan buku Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari, karya Dr. Danial Zainal Abidin.

Ia sekali gus bagi membina minda dan kefahaman umat Islam secara tepat supaya mereka mampu menjawab segala serangan, di samping menambah keyakinan umat Islam kepada agama Islam yang syumul ini.

Bagi anda yang memang mengikuti karya-karya penulisan daripada Dr. Danial pasti anda telah memiliki bukunya, Kit Kombat Islam yang telah diterbitkan pada Februari 2002.

Akui pengarang best seller ini, ia mendapat sambutan menggalakkan, sehingga dalam jangka masa setahun, telah dicetak sebanyak dua kali.

Rentetan itu, buku ini adalah buah tangan terbaru Dr. Danial kepada peminat setia, di mana ruang lingkup perbincangannya lebih luas, lebih lengkap serta kontemporari.

Buku ini ditulis dalam format soal jawab, supaya isi-isinya menjadi lebih fokus dan para pembaca serta pengkaji dapat memberikan respons yang baik apabila berhadapan persoalan yang sama. Soalan-soalan berdasarkan pengalaman beliau selama berdakwah di Malaysia, sejak tahun 1984.

Persoalan yang diutamakan adalah menyentuh isu-isu berkaitan prinsip Islam. Persoalan berkaitan fikah, secara cabang lagi ranting walaupun ada, namun tidak difokuskan secara khusus di dalam buku ini.

Antara topik yang difokuskan adalah yang berkaitan dengan kesucian al-Quran, kebenaran hadis, keperibadian Nabi Muhammad, penindasan ke atas wanita Islam, kemunduran ajaran Islam, keganasan dan yang seumpamanya.
Kenyataannya, kemantapan ilmu adalah perisai yang terbaik bagi menangkis serangan musuh ini.

Buku ini juga diolah menggunakan pendekatan moden, berasaskan al-Quran dan sunnah. Ia perlu dibaca dan dimiliki oleh mereka yang ingin mengetahui jawapan kepada persoalan yang dihadapkan oleh musuh-musuh Islam pada hari ini.