I am collecting every Islamic article from trusted sites. As my collection and sharing for everyone.
Thursday, September 8, 2011
Garis Panduan Penamaan Saudara Baru (JAKIM, 1998:2)
“
Nama orang Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Ia merupakan
pengenalan diri seseorang, sama ada dari segi bangsa, keturunan dan
agamanya. Saudara baru atau muallaf yang sbeleum itu mempunyai nama asal
agamanya ditukarkan kepada satu nama yang membuktikan agama baru yang
dianutinya. Penamaan adalah penting, khususnya kepada saudara baru bagi
meudahkan dalam urusan kehidupan atau kematian”.
Menurut
Prosedur Pengislaman JAIS pula, tidak terteranya keperluan pertukaran
nama tetapi pindaan butiran agama diperlukan – “setelah menghadiri
kursus, Kad Perakuan Memeluk Agama Islam akan dikeluarkan dan individu
diminta membuat pindaan butiran di dalam kad pengenalan di JPN”.
Menurut Garis Panduan Penamaan Saudara Baru yang diterbitkan oleh JAKIM
di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1998, penamaan saudara baru
boleh dikategorikan kepada dua:-
1) Penamaan saudara baru bumiputera 2) Penamaan saudara baru bukan bumiputera
Ia menyatakan bahawa penamaan saudara baru hendaklah dibin atau
dibintikan kepada Abdullah ataupun nama-nama Asma al-Husna (seperti
Abdul Rahim, Abdul Rahman) yang difirkan sesuai dan biasa dipakai dalam
masyarakat Islam. Menurut garis panduan penamaan JAKIM (1998), penyelarasan penamaan pemeluk Islam akan memudahkan urusan-urusan berikut:-
1) Kematian. Apabila berlaku kematian mudah dikenalpasti mayat, pengurusan jenazah, pembahagian harta pusaka dan sebagainya. 2) Mengawal saudara baru daripada murtad dengan sewenang-wenangnya. 3) Pengenalan identity agama seseorang.
Rasionalnya:-
Perubahan nama untuk menunjukkan identity Islam seseorang pemeluk Islam
adalah penting agar mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam urusan
seperti kematian, pengebumian, perkahwinan, pembahagian harta dan
pelanggaran hukum Islam memandangkan Muslim adalah tertakluk kepada
undang-undang Syariah di Malaysia. Jika kita lihat dalam akhbar-akhbar
yang lepas, banyak kes perebutan mayat pemeluk Islam Cina antara ahli
keluarga dan jabatan agama di mana pemeluk itu memeluk Islam tanpa
pengetahuan ahli keluarganya. Ada kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan
melibatkan campurtangan politik.
Oleh kerana penggunaan kad
pengenalan berbentuk chip “MyKad” membolehkan kita memaparkan perkataan
Islam (untuk menunjukkan identity Islam), justeru perubahan nama tidak
lagi menjadi satu keperluan untuk tujuan identifikasi rasmi.
Mengikut JPN, seseorang selepas memeluk Islam adalah dinasihatkan (bukan
diwajibkan) untuk menukar nama asal mereka kepada nama Islam dalam kad
pengenalan.
JPN tidak menetapkan apa-apa dasar yang berkaitan
dengan corak nama pemeluk Islam, dan ia akan mendaftarkan nama pemeluk
itu seperti yang dipaparkan dalam Kad Islam pemeluk tersebut. Corak nama
adalah mengikut budi bicara Jabatan Agama dan JPN akan mengikut nama
yang direstui Jabatan Agama dalam Kad Islam pemeluk. Oleh itu, yang
penting (key person) dalam kes ini adalah pegawai di Jabatan Agama.
No comments:
Post a Comment