I am collecting every Islamic article from trusted sites. As my collection and sharing for everyone.

Wednesday, December 22, 2010

Masjid di Taiwan tunjang syiar Islam


Ruang solat utama seakan masjid di Malaysia.


SETIAP Ahad, masjid-masjid di Taiwan dipenuhi pelajar asing dan kanak-kanak Islam untuk mengikuti kelas mempelajari bahasa Arab, al-Quran dan aktiviti agama.

Masjid di sana bukan hanya berfungsi sebagai tempat beribadat dan menganjurkan ceramah, tetapi menjadi pusat utama bagi penduduk Islam mengikuti ilmu keagamaan.

Pusat ibadah itu turut menjadi tempat tumpuan dan kunjungan masyarakat Islam di Taiwan untuk melaksanakan aktiviti pada hari-hari keagungan Islam seperti Ramadan, tarawih, solat sunat Aidilfitri serta Aidiladha.

Ini membuktikan Taiwan yang dulunya dianggap sebuah negara komunis memberi kebebasan beragama kepada penduduknya.

Namun, disebabkan penganut Islam di sana adalah golongan minoriti iaitu hanya sekitar 50,000 orang, kemudahan untuk mereka terhad.

Justeru, di seluruh Taiwan yang berkeluasan 35,915 kilometer (km), ia hanya mempunyai enam masjid.
Bagi memudahkan penganjuran aktiviti keagamaan dan menjaga kepentingan masyarakat Islam di negara itu, Persatuan Muslim China (CMA) ditubuhkan di Wuhan pada 1938.

Pada awal penubuhannya, CMA dikenali sebagai Persatuan Penyelamat Kebangsaan Islam dan ketika itu, ia mensasarkan kepada usaha untuk membantu kerajaan menentang serangan Jepun.

Selepas kerajaannya berpindah ke Taiwan, segelintir ahli persatuan itu dengan sokongan majoriti pesertanya merombak semula dan menamakannya sebagai CMA.

Hari ini, CMA menjadi sebuah persatuan yang sangat penting di Taiwan kerana ia umpama jambatan atau orang tengah yang menghubungkan kepentingan masyarakat Islam kepada kerajaan sehingga wujudnya pasaran halal di negara itu.

CMA turut menganjurkan lawatan tahunan ke negara-negara Islam lain bagi mengukuhkan hubungan masyarakat Islam di kedua-dua negara dan menjadi tulang-belakang wujudnya enam buah masjid di Taiwan.
Menariknya mengenai kewujudan masjid di sana yang ingin penulis kongsikan, ia didirikan dengan usaha penganut Islam di situ yang mencari dan mengumpul dana sendiri atau melalui sumbangan mana-mana pihak kerana kerajaan tidak membiayainya.

Demi memperkukuhkan kepentingan Islam, menyempurnakan aktivitinya dan memberi keselesaan kepada penganut, usaha bagi mendirikan masjid bukan satu masalah kepada penduduk Muslim di situ.
Pembinaan masjid pertama dan terbesar di Taiwan iaitu Masjid Besar Taipei yang terletak di Jalan Daan, Bandar Taipei, didirikan dengan sumbangan kos diberikan kerajaan Arab Saudi, Malaysia, Iran dan Jordan selain pinjaman tanpa riba kerajaannya.

Siap dibina tanggal 13 April 1960, struktur rekaan arkitek tersohor, Yang Chuo-Cheng itu mempunyai keluasan 2,747 meter persegi dan diiktiraf majlis bandar Taipei sebagai kawasan bersejarah pada 26 Jun 1999.

Kemudian, masjid kedua di Taiwan yang terletak di Kaohsiung, Masjid Kaohsiung dibina bagi menampung pertambahan penduduk Islam di negara itu.

Dengan penyediaan Pusat Kebudayaan Islam, masjid berkenaan membantu masyarakat Muslim Taiwan untuk mengikuti ceramah keagamaan dan mendalami ilmu Islam.

Ia turut memberi peluang dan memudahkan kanak-kanak Taiwan untuk mempelajari bacaan al-Quran dan mengikuti kelas agama.

Selepas itu, dua buah pusat ibadah Islam, Masjid Long Gang dan Masjid Taichung dibina melalui dana yang diperoleh CMA.

Didirikan pada 1964, Masjid Long Gang yang terletak di Taoyuan County dibina hasil dana dikumpul CMA melalui sumbangan masyarakat dan organisasi.

Sementara itu, Masjid Taichung yang sebelum itu dibina dalam keadaan kurang sempurna kerana dana yang terhad, didirikan kembali di sebuah kawasan hasil cadangan dan sumbangan kewangan Menteri Pengangkutan Saudi yang mengadakan lawatan ke Taiwan.

Beberapa tahun kemudian, Masjid Kebudayaan Taipei disiapkan pada 1984 di Taipei diikuti Masjid Tainan yang dibina di Tainan.

Sebelum wujudnya Masjid Tainan, masyarakat Islam Taiwan perlu berulang-alik ke Kaohsiung untuk menyertai aktiviti masjid.

Menyedari kepayahan itu, seorang rakyat Islam Taiwan yang menetap di Amerika Syarikat mendermakan sebuah tanahnya di Tainan untuk pembinaan masjid.

Penduduk setempat mendapatkan dana daripada Masjid Kaohsiung untuk menyiapkan pembinaan masjid itu pada 1996 yang mana ia menyediakan bangunan kedai, bilik mesyuarat, tandas, dewan solat dan pejabat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_06.htm

Al-Baqarah 'jentik' Samuel

SAYA dilahirkan sebagai Samuel Taliwongso dalam sebuah keluarga Kristian yang sangat fanatik dari Desa Teling, Manado Indonesia. Bapa saya merupakan pengasas penubuhan Gereja Seven Day Advent di desa kami," kata Samuel yang menerima pendidikan awalnya di Advent Zending School iaitu sebuah sekolah mubaligh.

"Setiap hari semasa kecil itu, saya harus menghafal dan mengingat sepenuhnya sekurang-kurangnya lima fasal atau surah daripada Kitab Injil sebagaimana yang diarahkan oleh mendiang bapa," katanya.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke MULO yang sama seperti SPM namun bermula dari saat itu juga menyaksikan Samuel terlibat dalam perjuangan bersama-sama rakyat Indonesia lain untuk membebaskan negara mereka daripada penjajahan Belanda.

"Bagi pemerintah Belanda kelompok-kelompok seperti kami dikenali sebagai The Hogder for Soekarno (Anjing-anjing Soekarno) dan dilabelkan sebagai pemberontak," katanya.

Akibatnya Samuel menjadi sasaran dan sering diburu oleh pihak penjajah yang menyebabkan anak muda ini terpaksa lari dan menyembunyikan diri dan sehinggalah pada tahun 1947, Samuel akhirnya berjaya sampai ke Belanda.

Di Belanda, Samuel berkerja di sebuah syarikat minyak kepunyaan Syarikat Hindia Belanda dan diberi kepercayaan untuk mengetuai Jabatan Bahagian Perkapalan.
Selain menjalankan tugas sebagai ketua jabatan, Samuel masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin gereja.

"Saya mengajarkan Kitab Injil kepada para jemaah gereja. Selain berusaha memurtadkan penganut Islam. Inilah kewajipan sebagai seorang pendeta atau pembaptis," katanya.
Perkara ini tidak menghairankan kerana sebelum ini pun, Samuel sudah mempunyai pengalaman membangunkan sebuah gereja dan membaptiskan beberapa orang gadis Islam yang berasal dari Gorontalo untuk dijodohkan dengan pemuda-pemuda Kristian

Pada tahun 1962 berlakulah satu peristiwa yang dikenali sebagai Dwikora@Trikora apabila penjajah Belanda menganggap seluruh penduduk Indonesia sebagai musuh.
"Saya termasuk salah seorang daripadanya. Lantas bagi mengelak daripada diberkas, saya terpaksa berkerja sebagai buruh binaan."

Apabila keadaan menjadi aman, beliau bersama-sama rakan yang senasib; Leo Tembeleng, Herard G. Nori dan W Oro, memberanikan diri menemui Gabenor Belanda pada masa itu, iaitu Gabenor Van Baal meminta kebenaran pulang ke Indonesia dengan jaminan keselamatan.

Van Baal setuju dengan syarat Samuel dan rakan-rakannya dikehendaki menaiki sebuah kapal laut yang menggunakan bendera negara Belanda. Bagaimanapun mereka tidak bersetuju.

Akhirnya, mereka berjaya menumpang sebuah kapal yang mengibarkan bendera negara Panama untuk pulang ke Jakarta. Kapal tersebut adalah milik seorang ahli perniagaan berbangsa Tionghua dari Singapura.

Untuk tujuan keselamatan mereka dibekalkan dengan sepucuk surat jaminan keselamatan yang ditulis sendiri oleh Bahagian Sekretaris Urusan Irian Barat (SUIB) dan Samuel sendiri diberi kepercayaan untuk menjadi ketua rombongan itu.

Sehinggalah pada suatu malam, pelayaran mereka dilanda ribut kencang. Dalam keadaan yang sangat mencemaskan itu, ada seorang penumpang kapal yang beragama Islam yang dikenali sebagai Latoke berasal dari Makassar yang menimbulkan kehairanan kepada para penumpang lain. Apa tidaknya, dalam keadaan gawat itu, Latoke dilihat sedang mendirikan sembahyang.

Tambah menghairankan, seusai solat, Latoke seperti tidak menghiraukan kapal yang boleh pecah dan tenggelam bila-bila masa. Malah dengan tenang beliau mengambil sebuah buku (al-Quran), terus membacanya dengan begitu khusyuk.

"Tentu sahaja saya berasa jengkel melihatkan Latoke itu walaupun kami benar-benar hairan bagaimana Muslim ini tidak muntah, tidak mabuk laut, malah begitu stabil tidak seperti kami yang lain," katanya.
Keesokan harinya, ribut kembali membadai, kali ini lebih dahsyat. Dalam keadaan kapal yang teroleng-oleng dipukul ombak dan hujan ribut petir yang sangat ganas, Samuel akhirnya berjaya menghampiri Latoke untuk mengetahui buku apa yang dipegang erat Latoke.

Barulah Samuel menyedari 'buku' tersebut adalah sebuah kitab suci yang sangat hampir kepada umat Islam, iaitu terjemahan al-Quran karangan Muhammad Yunus terbitan Toko Buku Gunung Agung, JI Kwitang, Jakarta.

"Secara curi-curi saya pun terus menyelak kitab tersebut kebetulan pada lembaran yang ditanda oleh Latoke. Iaitu surah al-Baqarah ayat 136," kata Samuel. Samuel sangat terkejut apabila membaca tafsiran ayat tersebut!

"Sungguh saya terkejut kerana barulah saya tahu ternyata umat Islam itu tidak sahaja percaya kepada Muhammad (Nabi) sahaja. Sebelum ini saya menyangka orang Islam tidak percaya adanya Tuhan (Allah) dengan mempercayai Muhammad semata-mata, tidak percaya kepada Nabi Isa, Nabi Daud dan lain-lain Nabi yang turut dipercayai oleh kalangan yang bukan Islam, Kristian," kata Samuel.

Seketika itu juga badai mula kembali hilang, laut kembali tenang namun meninggalkan Samuel yang merenung lautan lepas dan mahu mencari jawapan apabila ayat itu benar-benar membuatkan beliau dihujani pelbagai persoalan mengenai agama, mana satukah yang benar?

Temui kebenaran ketika dalam perjalanan dari Menado ke Jakarta

AKHIRNYA pelayaran Samuel selamat tiba ke destinasi yang dituju, iaitu Tanjung Priok, Jakarta.
"Seharusnya saya gembira kerana akhirnya selamat kembali ke tanah air yang tercinta tetapi menjadi begitu penasaran dengan apa yang saya baca daripada al-Quran itu.

"Ini menyebabkan hati saya membuak-buak ingin membaca lebih lanjut mengenai Islam dan saya yakin al-Quran pasti ada jawapannya."

Tetapi sebaik mendarat, Samuel terus dikawal ketat oleh dua polis pengawal atas perintah Konsulat Indonesia di Singapura kerana dia sangat dikehendaki oleh pemerintah Indonesia ketika itu.

"Dengan berhati-hati dan curi-curi bagi mengelakkan diri daripada ditahan semula saya terus mencari Toko Buku Gunung Agung di Jalan Kwitang untuk membeli al-Quran terjemahan seperti yang dimiliki oleh Latoke.

"Saya meminta supaya kitab itu dibungkus rapi supaya tidak koyak atau terkena hujan, pada hal yang sebenarnya bagi mengelak daripada diketahui orang. Apatah lagi ramai mengetahui yang saya sebenarnya seorang paderi Kristian."

Samuel kemudiannya dibenarkan untuk kembali semula ke kampung halamannya di Menado. Namun tidak lama kemudian beliau dipanggil oleh Angkatan Tentera Darat Indonesia untuk membantu misi pendaratan di Irian Barat, sekali gus memerlukannya melaporkan diri di Jakarta.

"Dalam perjalanan dari Menado ke Jakarta inilah saya mengambil peluang dan kesempatan untuk membuka dan membaca kitab Terjemahan al-Quran itu.

"Saya membaca dan terus membaca yang menyebabkan saya menemui pelbagai kebenaran mengenai Islam. Saya mulai tahu dan faham bahawa ajaran agama asal saya salah semuanya," kata Samuel yang akhirnya mengucapkan dua kalimah syahadah.

Semenjak itu, dia terus mengkaji mengenai Islam dari pelbagai sudut dan sumber terutama al-Quran dan hadis. Apa yang lebih penting, dia kembali kepada tugas asal saya, suma kali ini bergelar daie.

"Saya lakukan ini kerana ingin mengembalikan mereka yang dahulunya pernah menjadi mangsa seruan ajaran agama lama saya sehingga menyebabkan mereka murtad dari sebuah ajaran yang sangat benar," katanya.

Namun yang lebih mencabar lagi apabila tindakan Samuel yang kini lebih dikenali sebagai Sulaiman Taliwongso telah menimbulkan kemarahan di kalangan teman-teman paderinya dahulu.

"Hampir setiap malam, rumahnya tidak putus-putus dikunjungi paderi untuk mengajak saya berdebat dengan harapan mengembalikan saya semula kepada Kristian.

"Alhamdulillah saya mampu menghadapi serangan-serangan hujah mereka malah turut menyebabkan ada di kalangan paderi itu sendiri akhirnya mengakui mengenai kebenaran Islam," katanya.

Namun satu hal yang menjadi keprihatinan Samuel, umat Islam saat ini ramai yang tidak tahu mengenai ajaran agama mereka sendiri, bahkan semakin jauh dan asing dalam agama sendiri.

"Umat Islam mulai berpecah-belah dan mencintai hanya kelompok mereka sendiri di samping ramai juga yang hanya Islam pada nama dan warisan sahaja!" katanya.

Barisan ayat terakhir Sulaiman ini wajar kita renungi kebenarannya kerana ternyata Samuel tidak berdusta malah benar belaka!

 



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Kahwin budak 11 tahun tidak sah


SITI Sarnan Mat Ail memimpin tangan anaknya sambil diiringi suaminya, Hussin Salleh meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 22 Dis. 2010 – Tekanan yang ditanggung oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun selama lapan bulan selepas didakwa dinikahkan oleh ayahnya sendiri dengan lelaki berusia 41 tahun, terlerai hari ini apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan perkahwinan mereka tidak sah.
Keputusan tersebut disambut dengan linangan air mata kesyukuran oleh ibu kanak-kanak terbabit, Siti Sarnan Mat Ail, 42, selaku plaintif yang memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan berkenaan.
Dalam permohonan itu, plaintif menamakan suaminya, Hussin Salleh, 54, defendan pertama manakala lelaki yang dikatakan bernikah dengan anaknya, Shamsudin Che Deraman atau dikenali sebagai ‘Sudin Ajaib’ defendan kedua.
Kanak-kanak tersebut yang hadir di mahkamah dengan memakai baju kurung biru berbunga merah dan bertudung warna krim dilihat resah di galeri awam sementara menunggu keputusan dibacakan.
Dalam keputusannya, Hakim Syarie, Abdullah Man berkata, mahkamah mendapati tidak ada asas untuk membatalkan perkahwinan tersebut kerana ia tidak mempunyai dokumen yang sah serta sijil nikah.
‘‘Pernikahan antara kedua-duanya hanya dakwaan pihak plaintif kerana tidak disokong dokumen yang lengkap untuk menjelaskan wujudnya pernikahan tersebut.
‘‘Bagaimanapun mahkamah mengambil kira peranan wali mujbir iaitu ayah kepada kanak-kanak tersebut yang mempunyai hak mengahwinkan anak perempuan mereka tanpa mengira usia. Persoalannya jika mengikut hak wali mujbir apakah perkahwinan itu sah atau tidak,’’ katanya.
Abdullah menegaskan, berdasarkan keterangan defendan dalam perbicaraan yang lepas, timbul perkara-perkara berunsur penipuan, paksaan dan ugutan semasa pernikahan itu berlangsung.
‘‘Mahkamah mendapati wali semasa memberi keterangan balas, seorang yang ‘betul’, tidak pandai beralasan dan hanya mengikut telunjuk orang lain, seolah-olah tidak mempunyai pegangan.
‘‘Walaupun wali terlibat dalam pernikahan tersebut tetapi tidak mempunyai niat untuk mengahwinkan anaknya itu,’’ ujar beliau.
Sehubungan itu, katanya, perkahwinan tersebut tidak sah mengikut hukum syarak dan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.
Abdullah sebelum itu turut mengesahkan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa mendengar permohonan membatalkan pernikahan yang didakwa berlangsung pada 19 Februari lalu walaupun defendan kedua tidak pernah hadir ke mahkamah.
Katanya, akad nikah didakwa berlangsung sebanyak dua kali iaitu pertama kali di Madrasah Pakistan di Machang dan disusuli di sebuah hotel, Berek 12 di sini.
‘‘Plaintif mendakwa ketika akad nikah berlangsung, anaknya itu tidak ada bersama-sama dengan defendan sebaliknya ada bersamanya di kampung Jelawang, Dabong, Kuala Krai.
‘‘Apabila pulang ke rumah, defendan membawa anaknya keluar dan tidak pulang. Selepas empat hari keluar dari rumah mereka, plaintif diberitahu oleh suaminya, anaknya itu telah dinikahkan dengan Sudin Ajaib,’’ katanya.
Menurut Abdullah lagi, kanak-kanak itu kemudian ditemui seorang diri dalam keadaan lesu di sebuah madrasah di Batu Caves, Selangor pada 12 Mac lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selama lima hari kerana mengalami tekanan.
Katanya, permohonan plaintif dikemukakan dengan alasan anaknya itu masih muda dan tidak tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri manakala Shamsudin telah pun mempunyai tiga isteri serta tidak bekerja.
Menurut beliau, perkara itu disokong oleh isteri pertama Shamsudin, Rohana Ibrahim, 34, yang mengesahkan suaminya telah berkahwin tiga dan mengikuti kumpulan tabligh.
Sementara itu, Siti Sarnan yang diwakili peguam syarie, Mohd. Zaki Zainal Abidin ketika ditemui di luar mahkamah, melahirkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan berharap Shamsudin tidak lagi mengganggu hidup anaknya.
‘‘Syukur banyak-banyak kerana apa yang saya tuntut bagi pihak anak saya selama ini telah selamat, tidak ada apa-apa lagi hubungan antara Sudin dengan anak saya.
‘‘Saya tidak berdendam namun berharap Sudin jangan ganggu anak saya malah sejak perkara ini dihebahkan, dia juga ghaib begitu sahaja,’’ katanya.
Tambahnya, apa yang berlaku akan dijadikan pengajaran dan tugasnya kini menyekolahkan anaknya itu dan memastikan dia berjaya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun hadapan.
Hussin yang mengahwinkan anaknya itu pula berjanji akan lebih berhati-hati dalam urusan menjodohkan anaknya pada masa depan.

Source 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

Thursday, December 16, 2010

Jangan berpolemik kahwin bawah umur

Original Source:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

KISAH pernikahan Siti Maryam Mahmod, 14, dengan seorang guru, Abdul Manan Othman, 23, awal Disember lalu dengan kebenaran Mahkamah Syariah menimbulkan rasa kurang senang segelintir masyarakat.
Bagaimanapun, jika kita mengkaji sirah Nabi SAW, baginda SAW telah memberi panduan kepada kita dalam hal ini.
Nas paling jelas adalah pernikahan baginda dengan Siti Aisyah r.a yang ketika itu berusia enam tahun.
Ia sebagaimana hadis yang bermaksud: Daripada Aisyah r.a. berkata: Nabi SAW melaksanakan pernikahan denganku ketika aku berumur 6 tahun. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto MOHD. NOOR MAT AMIN menemu bual Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal bagi mengupas isu ini.


Mega: Apakah hukum Islam mengenai perkahwinan bawah umur?
NOOR AZIAH: Perkahwinan dalam Islam adalah sunnah Nabi Muhamad saw. Ia adalah satu ibadah dan satu-satunya cara menghalalkan hubungan seks atau kelamin antara seorang lelaki dan perempuan bukan mahram.

Pernikahan disebut mithaq yang bermaksud satu perjanjian suci dan mesti diupacarakan mengikut hukum Islam. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Nikah itu adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah daripada umatku. (riwayat Bukhari)
Untuk suatu pernikahan menjadi sah ia mestilah memenuhi keperluan berikut:

(a) Lelaki
(b) Perempuan
(c) Wali
(d) Saksi
(e) Ijab dan qabul.

Jika dilihat di atas, perkahwinan mempunyai nas tersendiri dan hukum yang sesuai mengenainya. Mengikut Iman Abu Hanifah, Ahmad ibn Hanbal dan Malik Ibn Anas, perkahwinan adalah sesuatu yang digalakkan namun bagi sesetengah individu ia menjadi wajib.
Pandangan umumnya adalah jika seseorang lelaki atau perempuan takut dia akan melakukan zina, maka perkahwinan adalah wajib baginya. Perkahwinan juga wajib bagi orang yang mempunyai nafsu seks yang tinggi.

Daripada sudut umur, Islam tidak menjadikan umur sebagai syarat perkahwinan. Ini jelas melalui perkahwinan Nabi Muhamad SAW dengan Aisyah. Dalam satu hadis Aisyah menyatakan yang dia berkahwin dengan Nabi semasa berumur 6 tahun dan perkahwinan itu disempurnakan semasa dia berumur 9 tahun. Dan mereka tinggal bersama selama 9 tahun sehingga kewafatan Nabi SAW.

Jadi dalam Islam, perkahwinan bawah umur atau kanak-kanak boleh berlaku dengan syarat ia mengikut hukum Islam.

Di Malaysia, di bawah undang-undang keluarga Islam di semua negeri, semua perkahwinan yang hendak diakadnikahkan perlu membuat permohonan dan diletakkan umur minimum iaitu 18 bagi lelaki dan 16 bagi perempuan. Namun pasangan masih boleh diakadnikahkan di bawah umur tersebut jika dibenarkan oleh Hakim Syarie.

Benarkan baligh antara faktor yang diambil kira untuk membenarkan perkahwinan bawah umur?
NOOR AZIAH: Jika dilihat kepada hadis mengenai perkahwinan Aisyah dengan Nabi SAW, baginda hanya mula tinggal bersama Aisyah apabila beliau sudah baligh.

Jadi, pernikahan boleh berlaku sebelum baligh. Asalkan wali memberi persetujuan dan kita tahu, dalam mazhab Shafie, wali mujbir boleh menikahkan anak gadisnya tanpa persetujuan anak gadis itu. 
Peranan wali sangat penting kerana perkahwinan tanpa wali adalah tidak sah. Jadi untuk mengadakan hubungan seks, anak gadis yang terlalu muda usianya yang dinikahi itu mesti telah baligh.

Apa maksud baligh? Daripada sudut bahasa baligh bermakna sampai kepada sesuatu atau penghabisan kepada sesuatu tujuan, tempat terhenti.
Tanda baligh bagi lelaki yang disepakati ulama adalah keluar air mani sama ada sewaktu jaga atau tidur, ketika bersetubuh ataupun bermimpi atau selainnya.
Tanda baligh bagi perempuan adalah haid atau hamil.

Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) mentakrif kanak-kanak sebagai “seorang yang berumur di bawah 18 tahun atau di bawah umur tersebut jika umur dewasa dicapai lebih awal di negara tersebut. Jadi definasi baligh dan dewasa dalam Islam tidak bercanggah dengan CRC.

Menentukan had umur antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah hak negara. Penentuan had umur perlu dibuat kerana implikasi undang-undang berbeza di antara orang dewasa dengan kanak-kanak.
Di Malaysia, Akta Umur Dewasa 1971, mentakrif orang dewasa sebagai “yang berumur di atas 18 tahun” dan Akta Kanak-kanak 2001 mentakrif kanak-kanak sebagai yang “berumur di bawah 18 tahun”.

Namun semua perundangan Islam tidak memberi takrif kepada mumaiyiz dan baligh. Jadi ada kalanya percanggahan berlaku daripada sudut umur sahaja. Perlu juga diingat perbezaan dewasa dan kanak-kanak penting kerana jika kanak-kanak melakukan jenayah, mereka tidak dihukum seperti orang dewasa.

Thursday, November 18, 2010

Mahkamah arah Sudin Ajaib, budak 11 tahun berpisah



KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengeluarkan perintah mufarakah atau memisahkan ketua jemaah tabligh, Shamsuddin Che Deraman, 41, turut dikenali Sudin Ajaib dengan pasangannya, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dinikahkan tanpa kehadiran dan persetujuan kanak-kanak itu pada bulan lalu.

Peguam syarie, Mohd Zaki Zainal Abidin yang mewakili bapa bapa kanak-kanak itu, Hussin Salleh berkata, perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abdullah Man kelmarin, selepas membenarkan permohonan Hussin dalam prosiding di kamarnya.
Katanya, mahkamah memerintahkan perkahwinan dipisahkan sementara sehingga perintah lain dikeluarkan mahkamah sama dan berikutan itu, pasangan berkenaan tidak boleh tinggal bersama sebagai suami isteri.
Selain itu, mahkamah membenarkan penguat kuasa agama dan polis mengambil tindakan untuk memastikan pasangan itu tidak tinggal bersama, berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002.

“Ketika prosiding jam 4 petang semalam, Hussin hadir bersama peguam syarie, Siti Azzah Rahmad dan Nordiana Mohd Noor daripada firma guaman saya. Mahkamah turut menetapkan 21 April ini perbicaraan kes itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) meminta Shamsudin menyerah diri bagi menyelesaikan beberapa kes termasuk isu perkahwinannya dengan kanak-kanak itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Undang-undang Syariah JHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, berkata setakat ini pihaknya belum dapat mengesan lelaki berkenaan yang menghilangkan diri.
“Beliau perlu hadir untuk menghadapi perbicaraan mufarakah itu selain berdepan siasatan bagi membuktikan perkahwinannya sah mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002, " katanya.

Mohd Ab Aziz berkata, pihaknya menyiasat kes Shamsudin mengikut Seksyen 6602 berhubung mufarakah, Seksyen 8 (bernikah dengan gadis bawah umur), Seksyen 37 (menikahkan dirinya sendiri) dan Seksyen 40 (menikahkan anaknya sendiri dengan lelaki lain).

Katanya, setiap satu tuduhan memperuntukkan hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Sementara itu, kepemimpinan jemaah tabligh Kelantan ketika dihubungi, enggan dikaitkan dengan isu yang ditimbulkan ahlinya itu.

Pemimpin kanan jemaah itu yang enggan namanya disiarkan, mengaku mengenali Sudin dan pembabitannya dengan kegiatan tabligh di negeri ini.

Bilakah Nabi menikahi Aisyah?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm



perkahwinan Baginda Rasulullah SAW terbina di atas landasan iman dan Islam. -Gambar hiasan


Soalan:
BarU-BARU ini saya terbaca kisah sirah dalam Utusan Malaysia yang memetik umur Saidatina Siti Aishah dikatakan enam tahun semasa berkahwin dengan Nabi SAW. Benarkah demikian kerana ada pandangan mengatakan umur itu terlalu muda dan dijadikan bahan oleh golongan kuffar membidas Nabi SAW?

Jawapan:

Sebahagian besar riwayat yang menceritakan hal ini terdapat dalam hadis di mana keseluruhannya hanya diriwayatkan oleh Hisham bin Urwah.

Asal periwayatan ini adalah daripada orang Iraq, di mana Hisham tinggal di sana dan pindah dari Madinah ke Iraq pada usia tua iaitu 71 tahun.

Menurut Ya’qub bin Syaibah: “Hisham seorang perawi yang dipercayai, riwayatnya dapat diterima, kecuali apa-apa yang dia ceritakan setelah dia berpindah ke Iraq”.

Dalam pernyataan yang lebih lanjut dinyatakan bahawa Malik bin Anas menolak riwayat Hisham yang dicatat daripada orang Iraq: “Saya pernah diberitahu bahawa Malik menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq”. (Tahzib al-Tahzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Dar Ihya al-Turath al-Islami jil.2 hlm. 50).

“Ketika mencapai usia tua, ingatan Hisham semakin berkurangan”. (Mizan al-I’tidal, Al-Zahabi, Al-Maktabah al-Athriyyah, Pakistan, Jil. 4, hlm. 301).

Justeru, berdasarkan pernyataan dan sumber di atas, Hisyam mengalami masalah ingatan atau ingatannya kurang baik setelah dia berpindah ke Iraq dan periwayatannya diragui.

Sehingga riwayatnya mengenai umur pernikahan Aisyah adalah tidak tepat. Adapun pandangan mengatakan umur itu terlalu muda dan ia sebenarnya dijadikan bahan oleh golongan kuffar sebagai propaganda menjauhkan umat Islam kepada Rasulullah SAW.

Pertanyaan seperti ini akan mudah menipu bagi orang-orang yang awam mempercayainya. Sehingga, orang yang lemah imannya akan mudah goyah keimanannya dan kecintaannya kepada Rasulullah SAW.

Dalam sejarah hidup Rasulullah disebutkan bahawa Aisyah dan Hafsah adalah puteri-puteri dua orang pembantu karibnya, Abu Bakar dan Umar.

Faktor inilah yang membuat Rasulullah memeterai ikatan dengan kedua-dua puteri Abu Bakar dan Umar.

Rasulullah meminang Aisyah melalui Abu Bakar tatkala Aisyah berusia sembilan tahun dan dibiarkannya selama dua tahun sebelum perkahwinan dilangsungkan (11 tahun).

Hal ini diperkuat lagi melalui perkahwinan Rasulullah dengan Hafsah binti Umar yang juga bukan kerana dorongan nafsu, dengan ayahnya sendiri sebagai saksi.

Peristiwa ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah mengahwini Aisyah atau mengahwini Hafsah bukan kerana cintanya atau kerana dorongan berahi, tetapi bertujuan memperkukuhkan tali persaudaraan Islam yang baru terbina dalam diri dua orang pembantu dekatnya (Abu Bakar dan Umar).

Justeru pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah mengahwini Aisyah pada umur enam tahun adalah pendapat yang tidak benar dan tidak tepat.

Menurut Tabari (juga menurut riwayat Hisham bin ‘Urwah, Ibn Hanbal and Ibn Saad), Aisyah dipinang pada usia tujuh tahun dan mulai berumah tangga pada usia sembilan tahun. Tetapi, di bahagian lain, Al-Tabari mengatakan: “Semua anak Abu Bakar (empat orang) dilahirkan pada zaman Jahiliah daripada dua isterinya”. (Tarikh al-Umam wa al-Mamluk, Al-Tabari jil. 4 hlm. 50, Dar al-fikr, Beirut, 1979).

Jika Aisyah dipinang 620M (Aisyah berumur tujuh tahun) dan berumah tangga tahun 623/624 M pada usia sembilan tahun, ini menunjukkan bahawa Aisyah dilahirkan pada tahun 613 M.

Berdasarkan tulisan Al-Tabari, Aisyah seharusnya dilahirkan pada 613M, iaitu tiga tahun sesudah zaman jahiliah (610M).

Al-Tabari juga menyatakan, Aisyah dilahirkan pada zaman jahiliah. Jika Aisyah dilahirkan pada zaman jahiliah, sewajarnya Aisyah berumur sekurang-kurangnya 14 tahun sewaktu dinikahkan. Tetapi al-Tabari turut mengalami pertentangan dalam riwayatannya.

Menurut Ibn Hajar: “Fatimah dilahirkan ketika Kaabah dibangunkan semula, ketika Nabi SAW berusia 35 tahun. Usia Fatimah lima tahun lebih tua daripada Aisyah”. (Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, Ibn Hajar al-Asqalani, jil.4,hlm. 377, Maktabat al-Riyadh al-Haditha: 1978).

Jika pendapat Ibn Hajar adalah yang tepat, Aisyah dilahirkan ketika Nabi berusia 40 tahun. Jika Aisyah dinikahkan oleh bapanya pada saat usia baginda 52 tahun, usia Fatimah sekurang-kurangnya 17 tahun, maka usia Aisyah ketika berkahwin adalah 12 tahun.

Melalui pernyataan Ibn Hajar, Tabari, Ibn Hisham, dan Ibn Hanbal menunjukkan riwayat mengatakan bahawa Aisyah berkahwin dengan Rasulullah ketika berusia enam tahun adalah tidak benar. Ia adalah fitnah dan tuduhan tidak berasas yang sengaja dilontarkan golongan yang hendak mengganggu-gugat kredibiliti Rasulullah sebagai insan terbaik pilihan Allah di dunia ini.

Menurut Abdul Rahman bin Abu al-Zinad: “Asma lebih tua 10 tahun berbanding Aisyah”. (Siyar A’lam al-Nubala, Al-Zahabi, Jil. 2, hlm. 289, Mu’assasat al-Risalah, Beirut, 1992).

Menurut Ibn Kathir: “Asma lebih tua 10 tahun daripada adiknya Aisyah”. (Al-Bidayah wa al-Nihayah, Ibn Kathir, Jil.8, hlm. 371,Dar al-Fikr al-Arabi, 1933).

Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani: “Asma hidup sehingga usia 100 tahun dan meninggal pada 73 atau 74 H”. (Taqrib al-Tahzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, hlm. 654, Bab Fi al-Nisa’, al-Harf al-Alif, Lucknow) Menurut sebahagian besar ahli sejarah, Asma, saudara tertua daripada Aisyah berbeza usia sebanyak 10 tahun. Jika Asma wafat pada usia 100 tahun pada tahun 73 H, Asma seharusnya berusia 27 atau 28 tahun ketika hijrah (622M).

Jika Asma berusia 27 atau 28 tahun ketika hijrah (ketika Aisyah berumah tangga), Aisyah seharusnya berusia 17 atau 18 tahun. Jadi, Aisyah, berusia 17 atau 18 tahun ketika hijrah pada tahun di mana Aisyah berkahwin. Berdasarkan pendapat Ibn Hajar, Ibn Katir, dan Abdul Rahman bin Abu al-Zinad, usia Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah adalah 19 atau 20 tahun.

Justeru, melalui pendapat ini juga menolak pendapat yang mengatakan bahawa Aisyah bernikah dengan Rasulullah ketika berusia enam tahun.

Kesimpulannya, riwayat (Hisham bin Urwah) yang mengatakan bahawa Aisyah berkahwin dengan Rasulullah ketika berusia enam tahun tidak benar dan bertentangan dengan riwayat-riwayat lain.

Selain itu, tiada alasan kuat untuk menerima riwayat Hisham bin Urwah sebagai riwayat yang boleh dipercayai kerana Hisyam mengalami masalah ingatan atau ingatannya kurang baik setelah dia berpindah ke Iraq dan periwayatannya diragui.

Seterusnya bertentangan dengan pernyataan-pernyataan ulama lain seperti yang telah dikemukakan. Golongan kuffar dan seumpama mereka sentiasa mencari ruang-ruang kosong dalam agama Islam sebagai bahan fitnah dan propaganda mereka.

Sebagai umat Islam yang sentiasa memandang dan mempertahankan baginda sebagai ikon dan insan teladan, kita perlu bangkit menepis fitnah daripada golongan kuffar dan terpengaruh dengan tipu helah mereka.

Sesungguhnya perkahwinan Rasulullah bersama-sama para isterinya merupakan sebuah perkahwinan yang suci yang tidak berasaskan hawa nafsu dan perkara duniawi.

Malah perkahwinan baginda terbina di atas landasan iman dan Islam sebagai suri tauladan buat umat Islam sejagat.

Wallahu a’lam.

Saturday, November 13, 2010

MEMAHAMI MUALLAF

1. Makna Muallaf

Muallaf berasal daripada bahasa Arab iaitu allafa bermakna berjinak-jinak atau lembut. Jadi muallaf adalah orang yang mula berjinak-jinak kepada Islam adakah sudah masuk Islam ataupun belum. Sekiranya mereka telah belajar dan mengamalkan Islam maka tidak layak lagi dipanggil sebagai muallaf tetapi lebih sesuai dipanggil sebagai Mukallaf.

Sayangnya di Malaysia sungguhpun mereka telah belajar dan mengamalkan Islam masih tetap digelar muallaf bahkan mereka telah mengajar muslim lain masih tetap digelar sebagai Muallaf seperti Muhammad Riduan Tee Abdullah, Muhammad Ravi Abdullah, Mohd Nicholas Sylvester dan Shah Kirit Bin Kalukal serta Lim Joi Soon.

Di Malaysia kita sering menggelar muallaf sebagai Saudara Baru dan Saudara Kita, gelar ini seolah-olah akan membuka ruang untuk membeza-bezakan muslim yang dilahirkan dalam keluarga Islam dengan yang masuk Islam. Ada sesetengah muallaf yang tidak menyukai gelaran tersebut kerana kalau ada saudara baru maknanya ada saudara lama sehingga timbul jurang diantara saudara baru dengan muslim yang lahir dalam keluarga muslim.

2. Punca Masuk Islam

Ada banyak punca seseorang tersebut masuk Islam antaranya:

Perkahwinan, ada sebahagian orang masuk Islam kerana perkahwinan campur dengan perempuan atau lelaki muslim. Sebahagian muslim menilai rendah terhadap muallaf yang masuk Islam disebabkan oleh perkahwinan. Sepatutnya orang yang masuk Islam kerana perkahwinan bukan suatu aib kerana hidayah Allah pelbagai macam cara, yang penting macamna kita manfaatkan peluang tersebut untuk membimbing dan mendidik mereka sehingga mereka dapat menjadi muslim yang baik.

Pergaulan, pergaulan antara muslim dengan bukan muslim telah membuka ruang untuk saling kenal dan memahami budaya dan agama masing-masing. Ini adalah peluang terbaik bagi muslim untuk menyampaikan Islam kepada bukan muslim. Hubungan persahabatan yang baik telah memecahkan tembok penghalang di antara perbazaan warna kulit dan juga agama. Seringkali pelajar bukan Islam yang belajar di sekolah kebangsaan akan membuka ruang untuk memahami dan memeluk Islam.

Kebajikan, ada sesetengah orang masuk Islam disebabkan oleh kebajikan yang diberikan oleh keluarga muslim. Kebajikan adalah cara yang baik untuk memikat orang bukan Islam supaya kenal dan faham Islam. Dalam Islam sangat digalakkan untuk membantu orang lain, sayangkan kebanyakan muslim kita hanya membantu bangsa sendiri. Sebagai contoh apabila kita memberi bantuan kepada pesakit di Hospital maka diutamakan muslim terlebih dahulu dengan mengabaikan bukan muslim. Mungkin disebabkan bantuan akan membantu mereka untuk memahami dan menerima Islam

Kajian, ramai yang masuk Islam disebabkan oleh kajian adalah pelajar universiti atau pekerja profesional. Selepas dikaji mereka dapati agama Islam adalah agama yang lojik dan mudah serta sesuai dengan perkembangan teknologi. Orang yang masuk Islam kerana kajian akan memudahkan dalam membimbing sebab mereka telah mengetahui perkara-perkara asas dalam Islam. Bahkan ada sesetengahnya telah pun mengamalkan amalan-amalan asas seperti sembahyang dan puasa.

Terharu mendengar suara Azan dan Shalat, ada sesetengah yang masuk Islam kerana minat kepada suara azan yang menyejukkan hati pendengarnya. Ada juga keranakan kekusyukan gerakan shalat dalam Islam telah menarik minat bukan Islam untuk mengkaji dan mendalami Islam. Kadangkala ada juga yang bermimpi ataupun mendengar suara azan di tengah malam sedangkan orang lain tidak mendengarnya. Mereka mengambil semua ini sebagai petunjuk atau hidayah daripada Allah untuk menerima Islam

Mendapatkan Status Bumi Putera, ada sesetengah orang masuk Islam dan berkahwin dengan ngan bumiputera untuk mendapatkan status bumi putera. Sama juga seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak berkahwin dan masuk agama bumiputera semata-mata untuk mendapatkan status bumi putera. Ini tidak salah dari segi Islam tetapi yang menjadi masalah selepas mereka masuk Islam tidak ada yang membimbing mereka sehingga selepas mereka dapat yang dihajatkan maka tidak mengamalkan Islam bahkan mengetapikan Islam.

Perniagaan, ada juga yang masuk Islam untuk memudahkan dapat projek kerajaan sebab status Islam akan memudahkan mendapat kelulusan dalam tender kerajaan. sekiranya selepas pengislaman tidak ada yang membimbing secara berterusan maka mereka akan semakin jauh daripada Islam. Gunakan peluang tersebut untuk membimbing mereka supaya dapat menjadi msulim yang baik.

Memudahkan perceraian, ada agama yang terlampau susah untuk menuntut cerai sungguhpun tidak ada lagi kesefahaman maka undang-undang di Malaysia sekiranya pasangan Islam mempunyai agama yang berbeza maka perkahwinan akan terbatalkan selepas tiga bulan. Maka pengislaman digunakan sebgaai alasan untuk memisahkan daripada pasangan masing-masing.

Dakwah, sangat sedikit bukan islam yang masuk islam kerana dakwah daripada muslim. Hanya sebahagian kecil orang masuk Islam kerana dakwah daripada muslim, ini membuktikan tidak ramai muslim kita yang melakukan dakwah kepada bukan Islam di Malaysia. Hampir tidak dijumpai mereka masuk islam kerana ajakan daripada muslim sungguhpun mereka berkahwin dengan muslim bertahun-tahun dan tinggal serta makan bersama.

Apapun punca mereka masuk Islam maka pergunakan sebaik mungkin peluang ntuk membimbing mereka menjadi muslim yang baik.

Wednesday, November 10, 2010





DI SINI...Norhafizah menunjukkan tempat ibunya ditetak.


TERPENGARUH...Halim menunjukkan buku yang sering dibaca anaknya sebelum kejadian.

PEKAN: “Saya sempat mendengar isteri berkata ‘Chik jangan buat mak macam ni’ sebelum dia menjerit Allahuakbar,” kata peneroka, Halim Ismail, 58, menceritakan kejadian isterinya maut ditetak di kepala menggunakan kapak oleh anak lelaki mereka berusia 23 tahun dipercayai terpengaruh ilmu mistik di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa yang juga peniaga kedai runcit, Che Wa Isa, 57, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Chini selepas pendarahan teruk di kepala.

Suspek yang juga anak ketiga daripada empat beradik ditahan anggota Rela di belakang rumah seorang penduduk kira-kira 100 meter dari tempat kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

Menurut Halim, ketika kejadian dia berehat di ruang tamu rumah sambil melayan cucu perempuannya berusia tiga tahun, manakala anak bongsunya, Amira, 20, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka, Maran, yang bercuti semester berada di dapur membancuh susu untuk kanak-kanak itu.


“Saya bermain dengan cucu, manakala isteri saya berada di beranda untuk mengangkat jemuran di ampaian sejurus pulang selepas menutup kedai runcit kami yang terletak berhampiran rumah.


“Tidak lama kemudian saya dengar enjin kereta anak lelaki saya yang baru balik daripada menemui rakannya. Selepas itu, saya mendengar suara isteri bercakap dengan anak dalam keadaan cemas sebelum disusuli bunyi benda jatuh diiringi jeritan Allahuakbar sebanyak dua kali,” katanya.

Halim yang ditemui di bilik mayat Hospital Pekan (HP) di sini, semalam berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki perkara buruk berlaku dan beranggapan bunyi itu mungkin bunyi besen pakaian kering terjatuh.

“Kira-kira 10 minit kemudian baru saya teringat arwah bertakbir. Saya dan Amira keluar ke beranda untuk memeriksa keadaan selepas timbul rasa tidak sedap hati.

“Kami terkejut apabila menemui arwah terlentang di lantai dengan kepalanya berlumuran darah, manakala anak lelaki saya sudah beredar dari beranda,” katanya.

Halim berkata, dia memangku isterinya sambil menjerit meminta pertolongan jiran manakala anak bongsunya bergegas ke rumah tetangga bagi mendapatkan bantuan.

“Ketika itu, arwah masih bernafas, tapi sangat perlahan. Saya cuba mengajarnya mengucap, namun dia sudah tidak mampu bercakap dan hanya terdengar bunyi pernafasannya turun naik.

“Jiran juga sudah ramai mengerumuni. Mereka membalut kepala arwah yang luka terkena tetakan sebelum seorang daripada mereka menolong menghantar arwah ke klinik.

“Sebelum bertolak ke klinik, saya meminta bantuan penduduk memanggil anggota Rela untuk mencari anak saya kerana bimbang dia akan melakukan perbuatan lebih buruk,” katanya.

Katanya, sepanjang perjalanan ke klinik, isterinya menggenggam erat tangannya dan pada masa sama dia pula tidak henti-henti meminta wanita itu bertahan.

“Namun, Allah lebih menyayanginya dan sebaik kami tiba di klinik, dia perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan saya dan menghembuskan nafas terakhir.

“Saya sangat sedih dengan pemergiannya kerana dia isteri yang sangat baik dan taat. Sepanjang perkahwinan, kami tidak pernah bertengkar kerana lebih suka menyelesaikan masalah dengan berbincang hati ke hati,” katanya yang lebih 20 tahun menjadi peneroka.

Ditanya mengenai tindakan kejam anak lelakinya itu, Halim berkata, dia tidak menyangka anaknya tergamak membunuh ibu sendiri sedangkan sebelum ini dia tidak menunjukkan sebarang masalah.

Katanya, anak lelakinya yang sekadar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya membantunya di ladang, selain pernah menjadi pembanci sementara dalam bancian negara, baru-baru ini.

“Kedua-duanya tiada perselisihan faham, malah dia juga anak kesayangan isteri saya.

“Sebelum kejadian, anak saya yang bersikap pendiam tidak menunjukkan keganjilan dan bersikap seperti biasa menyebabkan kami sekeluarga tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun, kata Halim, dia mengesyaki perbuatan anaknya itu ada kaitan dengan pengaruh ilmu mistik kerana dia kerap dilihat membaca buku mengenai makhluk halus.

“Saya menyedari dia suka membaca buku perkara tahyul sejak sebulan lalu. Saya pernah meminta isteri memeriksa kandungan buku yang selalu dibaca itu kerana saya tidak tahu membaca.

“Menurut arwah, buku itu mengandungi amalan yang tidak boleh diikut umat Islam. Saya tidak tahu bagaimana anak saya boleh terpengaruh ajaran demikian dan dari mana dia mendapatkan buku itu,” katanya.

Sementara itu, Amira berkata, arwah ibunya pernah beberapa kali memberitahu sikap abangnya itu yang suka membaca buku mengenai makhluk halus.

“Emak pun tidak tahu bagaimana abang boleh terjebak ajaran demikian kerana dia tidak pernah menceritakan kegiatannya kepada keluarga.

“Ketika menemui emak dalam keadaan berlumuran darah di beranda, saya sudah dapat meneka ia perbuatan abang kerana nampak abang berjalan selamba keluar dari kawasan rumah sambil memegang kapak pemotong buah kelapa sawit,” katanya.

Tuesday, November 2, 2010

了解伊斯蘭 (非常感人) Masha ALLAH

http://chinese-muslimah4life.blogspot.com/2010/10/masha-allah.html

Yaser 鄭 (一位畢業於政大阿文系的皈依穆斯林所寫)


對多數的中國人而言,宗教不過是人生命中的一小部份,談多了似乎很 矯情,過去的日子以來,我所認識的非穆斯林當中,幾無一人對伊斯蘭教(Islam 中文俗稱回教)有嘗試瞭解的動機,如今您 主動來到這個網站想了解伊斯蘭,我祈求真主能打開您的心胸,不僅僅是接觸到伊斯蘭這個真理,同時能夠接受這個真理。當然,這一切都得託靠真主,真主是一切 事物的決定者。


我想嘮叨地先給您敘述一下自己歸信伊斯蘭教的過程,您我在台灣可能居住在不同的城市,可是成長的環境大同小異, 從小接受的教育教導了我們中國的歷史傳統,普遍的 信仰則是佛教或道教,也都經歷過或見過基督教以奶粉及學習英文為誘餌的傳教方式。從小媽媽帶我們兄弟姊妹到廟裡去燒香拜拜,我們從不拒絕,長大了考試、當 兵、交朋友、找工作也都到廟裡去燒過香、祈禱“神明“保佑。我從來沒有拒絕過相信有神的存在,當兵的時候也跟著同事一起吃素,退伍了還被同事半推半就的拉 去信仰一貫道。讀大學時因為看到一些穆斯林(Muslim 回教徒)行為不撿,加上老師們對伊斯蘭教毫無美言,所以連帶著我對伊斯蘭教也沒啥好印象,退伍後到沙烏地來唸書,也看了許多行為 不好的穆斯林,再加上從台灣一起來的同學也都以穆斯林的行為來嘲弄伊斯蘭教,所以我對伊斯蘭教幾乎從頭沒有任何好感,可是這還是沒有影響我相信一定有神的 存在。


後來我在一次從沙國首都利雅德搭車到土耳其伊斯坦堡的長途旅行中,向一位同行的泰國穆斯林詢問了各式各樣有關伊斯蘭教的問 題,加上我在旅途當中多次見到許多素昧 平生的穆斯林,當他們知道我這位泰國朋友也是穆斯林時,很自然地流露出一種親切感,一句Assalam alaikum就可以把他們的距離拉近了,那種感情與感覺,以前我從未見過。我開始用另外一種自己從未有的態度來看伊斯蘭教。我在土耳其參觀了許多清真 寺,教徒們平和、平靜的祈禱方式讓我感動,泰 國朋友教我伸出雙手向真主作祈禱,我伸出雙手默禱「如果你是真正的主宰,就請你開啟我的心靈吧」。



回 到沙烏地以後,經過了一段內心掙扎的時間,我決定加入 伊斯蘭教的陣容,雖然當時我對伊斯蘭教還是所知無多,於是我從一天五次的禮拜開始。在台灣那個環境裡長大的人,鞠躬、磕頭的禮拜方式實在是突兀,而且每天 還得如此 禮拜五次,正是這種突兀,使我不斷地去思考、找尋問題的答案,當時腦筋裡有太多的問題:為什麼每天要禮五次拜?為什麼不可以吃豬肉?為什麼不可以喝酒?為 什麼女人需要如此的包裹?伊斯蘭教與基督教及猶太教的關係為何?????、、、我不得不問這些問題,因為我過去廿五年的生活中,從來不會遭遇到上述的問 題,現 在這些全成了我必須遵守的規定或必須瞭解的東西,所以我一定要搞清楚它。感謝真主,祂把我的心打開了,有許多問題一時之間找不到答案,但是我從未否定伊斯 蘭教 一定對這些問題有正確的答案,而真理就是真理,伊斯蘭教給一切人生的問題有標準的答案,因為真主造化了一切,祂造化一切前前後後的事物,祂知道一切前前後 後的答案。


古蘭經由真主命令吉卜利(Jibrir) 大天使降示給我們的聖人穆罕默德,歷時廿三年,古蘭經每節經文的下降都有前後的背景原因,內容則包羅萬象,所以單從字面的意思無法實際瞭解經文的意義,若 未詳讀經學者的註釋,容易發生斷章取義的情形。古蘭經的下降並非按時間順序從第一章第一節逐一下降到第一一四章第六節,排序較後的章節降示的時間可能早於 排序較前的章節。古蘭經內容可分為麥加章節及麥地那章節,是以伊斯蘭曆元年(西元六二二年)聖人從麥加遷徙到麥地那為分水嶺,麥加章節內容主要在向人們宣 導 「獨一真主」的觀念,麥地那章節則教導穆斯林的行為準則。古蘭經是穆斯林的信仰指南,聖訓(聖人穆罕默德言行記載)則是細則典範。


在 伊斯蘭教之前,我接觸過佛教、道教及基督教,可是只有伊斯蘭教緊緊的抓住了我的心,因為對我而言,只有伊斯蘭教可以合理的解釋人生的疑問。別的不談,就說 「宗教」這兩 個字吧,不管相信哪種宗教,一定都相信有神的存在,可是對「神」的定義而言,我覺得佛、道、基督等宗教裡的神根本不是神,因為那些神都有人所具有的缺陷, 既然有缺陷,如何可以稱之為神;再者是他們對於生命的起源與結束解釋不清,甚至可以說是囫圇吞棗。



就以佛教而言吧,相 信的是釋迦摩尼,釋迦摩尼根本是人啊,一個有生死的人,怎麼可以稱之為神呢;再說佛教裡的輪迴觀念吧,究竟人類的起源在何處?結束又在什 麼時候呢?結局將會是如何呢?難道永遠是輪迴嗎?又在佛教的學說裡,到底是誰造化了天地宇宙萬物?我每次跟佛教徒談佛教的問題,總是聽到一些不著邊際、連 中國人都聽不懂的中國話,還要用另外一大堆話來解釋自己說的抽象事物。再用一種理性的態度來分析宗教吧,人類不分膚色為何、開化成度如何,但是人性、人心 都是一樣的,也就是,真正的宗教應該是適合全人類的,因為人類的道德規範必須一致,否則你說東、我說西,究竟哪個才是正確的呢?就佛教傳播的範圍而言,它 不是一種適合全人類的宗教,佛教甚至在他的發源地~印度都已經不存在了,這不是很荒謬的嗎?我們雖然對於佛教的教義沒有深入的瞭解,可是中國是一個受佛教 影響很深的地方,多少都聽過佛教說欲望(慾望)是許多罪惡的起源,所以戒除慾望就可以修得正果。如果我說任何宗教都希望它的信徒絕對的奉行教義(當然這是 不可能的事),這應該不會錯吧,可是我發現,若是佛教徒都絕對的奉行教義,則人類在短短的時間內就會滅亡,因為男人得要當和尚、女人得要當尼姑才可戒絕慾 望,同時生態平衡都會受到破壞,因為大家都不可殺生。


再說中國的道教吧,那是人類幻想的大結合,觀世音、關公、彌勒佛、十八王 宮、、、,各式各樣的神祇。我不否認道教徒所膜拜的人物當中有值得我們效法的德行, 可是那也不至於就把他們捧到當神來膜拜的境界,道教徒就有這種本事。現代的台灣人更是苦悶到了極點,毫無理智的選擇膜拜的對象、熱中算命,他們難道不知 道,他們所膜拜的「神」根本就是人、或者根本就是沒有生命的東西。



基督教雖然是一神教,可是把聖人耶穌給神化是他們最嚴 重的錯誤之一,又有所謂的「三位一體」說,把聖父、聖子、聖靈結合成為上帝。今天世界上絕大多數的人所 知道基督教的上帝,就是釘在十字架上的那個人,提到上帝大家就很自然地想像到上帝在十字架上犧牲奉獻的模樣。猶太教與基督教的關係,就好像基督教與伊斯蘭 教的 關係一樣;基督教徒相信舊約聖經,可是猶太教徒至今仍然不相信耶穌就是彌賽亞,伊斯蘭教相信舊約聖經與新約聖經,可是基督教徒仍然不肯相信穆罕默德是上帝 在人類裡面所差遣的最後一個聖人,基督教徒說猶太教徒是迷誤的一群,基督教徒不也犯了跟猶太教徒同樣的錯誤了嗎?



為什麼 伊斯蘭教是真理呢?為什麼它讓我信服呢?伊斯蘭教裡有一個別的宗教都沒有的學問,叫做「認主學」。「認主學」內容廣泛,我只不過知道一點皮毛,可是光是這 點皮 毛已經讓我相信伊斯蘭教不是人類所創的宗教,而是真主啟示的宗教。顧名思義,認主學就是認識真主的學問,確認真主的存在,才會心悅誠服的履行真主所交付給 我們 的責任。舉例來說,真主在古蘭經裡告訴了人類有關祂的屬性,真主是造化萬物的、獨一的、萬能的、最始的、最終的、萬物所仰賴的、、、,除了造物主之外,有 誰有這種屬性呢?就以上面這幾個屬性來說,道教佛教裡的那些神祇都被拋到九霄雲外了。而真主的屬性是誰告訴我們的?是真主自己在古蘭經裡告訴我們的。也就 是,具有那些屬性的才是真正的主宰。反觀佛道教裡面的神祇,是誰給他們下了神的定義?關公知道自己變成神了嗎?傳統中國人家裡祭拜的祖先知道自己變成神了 嗎?不知道,他們根本不知道自己變成神了,而他們實際上也不是神,是後人把他們神化了。宋七力是神嗎?青海無上師是神嗎?達賴喇嘛是神嗎?都不是,您所想 得到除了真主以外被高捧為神的都不是真神,釋迦摩尼不是神、耶穌不是神、穆罕默德也不是神,他們都是被造物,他們抗拒不了飢餓、抗拒不了瞌睡、抗拒不了死 亡,被造物太脆弱了,而人是被造物裡最狂妄的。



一般不信仰造物主的人經常容易犯的錯誤是:以有限的能力對無限的造物主 加以界說。須知時間、空間都是真主造 化的,不要用時間與空間來界定真主,因為真主不可能被祂自己所造化的東西來框住,所以伊斯蘭教裡面沒有所謂「上帝是無所不在的」說法,真主與祂的被造物是 截然 的兩回事。任何一個個人都是漫長時間與巨大空間裡的電石火花,可是竟然敢狂妄的否認永恆的真主。


伊斯蘭教不怕任何人質疑, 因為真理本來就不怕質疑的,古蘭經也不怕任何人的質疑,如果這是一本人為的經典,我們一定可以在裡面找到許多漏洞、矛盾,真主也在古蘭 經裡向祂的造化物--人類跟精靈--提出挑戰,任何人或者人類聯合精靈的力量也不可能寫出一章古蘭經。如此斬釘截鐵的宣示,就是表示,如果人類可以寫出類 似的話語來,那麼古蘭經就是穆罕默德杜撰的,即使他有任何崇高的理想、優美的言辭,都是虛假的了。伊斯蘭歡迎任何人以客觀的態度來檢視古蘭經。古蘭經下降 至今一千四百餘年,穆斯林的數目累積不可數,難道穆斯林都是盲信嗎?難道穆斯林不分青紅皂白嗎?今天全世界的媒體刻意的醜化伊斯蘭教與穆斯林,可是,請您 以客 觀的態度思考一下,伊斯蘭教果真是如此邪惡嗎?為什麼這個宗教的信徒遍佈全世界?為什麼基督教傳到中國時要用洋槍大砲、伊斯蘭教傳到中國卻如此平和安靜? 有許多穆斯林的行為的確令人心痛,可是難道其他宗教的信徒都是完人嗎?為什麼穆斯林犯了錯,媒體就以斗大的字來說他是穆斯林?為什麼基督教徒、猶太教徒、 佛教徒、 道教徒犯了錯,媒體從不說他信的是什麼宗教?為什麼會如此?您不覺得奇怪嗎?這一千四百多年來,伊斯蘭教世界出現了難以計數大大小小的宗教學者,撰述的書 籍不 可勝數,可是非穆斯林可以用「一手拿經、一首拿劍」或伊斯蘭教恐怖份子、伊斯蘭教基本教義派幾個字,就可以把伊斯蘭教打入邪惡宗教的行列中,伊斯蘭教真是 如此淺薄嗎? 不是,是因為這個世界上充斥了太多淺薄的人,他們人云亦云,他們才是不分青紅皂白。


真主在古蘭經裡已經說到:「我 降示古蘭經、我保護古蘭經」,今天伊斯蘭教世界容或四分五裂,穆斯林容或像一盤散沙,可是不管我們走到哪個地方,禮拜的方式都是一 樣的、方向都是一樣的、朗讀的古蘭經也都是一樣的,有哪一個宗教能如此呢?原始的佛經到哪裡去了呢?舊約聖經與新約聖經更別說了,原始經典早已不在,新的 經典更有不同的版本。經典是宗教的指南,指南都不在了,信徒如何走在正道上呢?並不是穆斯林有特殊的能耐,只因為伊斯蘭教是真正的主宰所降示的宗教,是人 類唯一的正道,除此之外別無它途,伊斯蘭教不拐彎抹角,伊斯蘭教也不可能見風轉舵,錯就是錯、對就是對,真理與虛偽是站在截然不同的兩端,不可能左右逢 源。



請原諒我如此嘮叨地跟您談那麼多東西,真主在古蘭經第十章山洞章第一O九節說道:「你說“假如以海水為墨汁,用來記 載我的主的言辭,那麼,海水必定用盡,而 我的主的言辭尚未窮盡,即使我們以同樣的海水補充之」,真主的智慧是無窮盡的,我所寫的東西不過是無窮大海中的一小點水花。我很誠懇的請您繼續再花一點時 間更深入的瞭解伊斯蘭教,我謹祈求真主能開啟您接受伊斯蘭的心靈。
.

Tuesday, October 5, 2010

How Do Humans Get Tapeworms From Dogs?

Original Source:
http://www.ehow.com/how-does_5164980_do-humans-tapeworms-dogs.html


How Do Humans Get Tapeworms From Dogs?
How Do Humans Get Tapeworms From Dogs?
How Do Humans Get Tapeworms From Dogs?

    Introduction

  1. Diseases and afflictions that can be passed on from dogs to humans are called zoonotic diseases. The most common zoonotic afflictions come from fleas and ticks that jump from dogs to their owners. However, dog worms such as roundworms and tapeworms can also infect humans under the right circumstances.
  2. Canine Tapeworms

  3. The most common form of tapeworm that can jump from dog host to human host are canine tapeworms. In dogs, these parasitic creatures live inside the digestive tract of the animal and leach the nutrients that the dog consumes. When the dog defecates, oftentimes tapeworm eggs and larvae can accompany the feces. If an adult or especially a child comes into contact with this feces and somehow ingests it (such as not washing before eating a meal), the eggs can hatch and grow inside the new human host. Once hatched, the larvae will grow into hydatid cyst in the liver and other surrounding organs. The cysts will continue to grow to as much as a foot in length and in most cases will need to be surgically removed.
  4. Flea Tapeworm

  5. Another type of tapeworm that can be transferred from humans to dogs is the flea tapeworm. These tapeworms are much harder to catch as the an infected flea from a dog must be swallowed by the human for the larvae to survive, hatch and infect the new host. Most commonly this occurs in children. Flea tapeworms do not grow to be as large as canine tapeworms but can still leach nutrients from the body creating potentially serious health problems.
  6. Prevention

  7. The best way to prevent a canine to human transmission of tapeworms is to keep your dog on a regular de-worming schedule. Keeping them protected against worms will also prevent worms from infecting you. If your dog is allowed to roam free on a farm or large area of property, preventing them from eating dead wild animals will also help keep down chances of the dog contracting a tapeworm.



Monday, October 4, 2010

Perkim rai saudara Muslim


Shahidan Kassim menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim, anak saudara Muslim dan kanak-kanak Islam Rohingya.


BARU-baru ini Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menganjurkan Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri. Ia diadakan di pekarangan rumah rehat Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Persiaran Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Majlis itu dihadiri oleh 3,500 orang terdiri daripada saudara Muslim berketurunan Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh, Sikh, Indonesia, Filipina, Nigeria dan juga tetamu agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Ia diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Wanita Perkim, Kelab Perkim Universiti, Sahabat Perkim, Pusat Pemulihan Kesihatan Perkim, Perkim bahagian dan cawangan.

Naib Yang Dipertua Perkim 1, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, rumah terbuka Aidilfitri itu bertujuan memupuk persefahaman di kalangan masyarakat bersama saudara Muslim yang baru memeluk Islam.

Secara tidak langsung, ia juga memperkenalkan Perkim sebagai organisasi yang bertanggungjawab dalam berdakwah, kebajikan dan pendidikan saudara Muslim.

“Kehadiran Aidilfitri menjanjikan suatu nikmat besar yang menjadi tunggak kepada perpaduan, keharmonian dan kesepakatan dalam masyarakat Islam serta kebahagiaan dunia dan akhirat sejajar konsep 1Muslim, Dakwah Didahulukan Saudara Muslim Diutamakan,” kata beliau.

Menurut Shahidan, Aidilfitri ini lebih bermakna sekiranya melakukan ibadah puasa sunat enam dalam bulan Syawal kerana ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun.

Pada masa yang sama, Shahidan berkaat, seluruh Perkim bahagian dan cawangan harus memainkan peranan menganjurkan kelas agama harian seperti yang dilakukan Perkim Kebangsaan kepada saudara muslim agar mereka tidak ketinggalan dalam mendalami ilmu akidah, ibadah, hadis, sirah nabi dan sebagainya dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Beliau turut menyeru masyarakat Islam membantu Perkim mendekatkan diri mereka kepada saudara Muslim dengan membimbing dan memberi tunjuk ajar mereka di mana sahaja walaupun surau, masjid atau di tempat-tempat awam.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim, kanak-kanak Islam Rohingya dan saudara muslim.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua 2 Perkim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi berkata, sebagai organisasi Islam yang berperanan menyemarakkan usaha dakwah dan penyebaran syiar Islam, Perkim menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan bagi membantu saudara baru.

“Perkim hanya sebagai badan dakwah. Perkim hanya berdakwah dan membantu mereka yang mahu memeluk Islam,” tegas beliau.

Pelbagai juadah yang disediakan antaranya adalah ketupat, lemang, rendang, nasi himpit, sate, kuetiau goreng, laksa, mee goreng, nasi bukhara, cendol, buah-buahan, kuih muih dan sebagainya.

Majlis diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan nombor bertuah yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman.

Tuesday, September 28, 2010

Islamofobia penyakit jiwa, rasa takut, bimbang pada Islam

Original Source:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Islamofobiapenyakitjiwa_rasatakut_bimbangpadaIslam/Article

Islamofobia penyakit jiwa, rasa takut, bimbang pada Islam
Oleh Mohd Shukri Hanapi

2010/09/29

Ummah perlu maju dalam teknologi bagi menangkis fitnah dari Barat

FENOMENA Islamofobia membayangkan kebangkitan Islam apabila dianggap sebagai satu ancaman kepada keamanan dan menimbulkan rasa takut serta bimbang di kalangan sesetengah pihak terhadap kebangkitan Islam.
Walaupun perasaan negatif sedemikian wujud pada budaya dan masyarakat Barat sejak beberapa abad lalu, sikap itu semakin jelas kini, malah menjadi agenda tetap berita sesetengah media Barat.
Menurut Quraishi (2005), istilah Islamofobia diperkenalkan sekitar tahun 1980-an, tetapi kian popular selepas serangan 11 September 2001.

Islamofobia merujuk pada prasangka, diskriminasi, rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada umatnya. Ia juga merujuk amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka daripada kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat.

Selain itu, Islamofobia termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah daripada nilai Barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada dikenali sebagai satu agama.

Secara mudahnya, Islamofobia bererti rasa takut atau bimbang terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan segala berkaitan Islam. Sebenarnya, ini adalah penyakit jiwa yang menyebabkan rasa takut dan bimbang terhadap Islam.
Ketakutan dan kebimbangan itu mendorong Barat dengan kelebihan teknologi mengecam dan merendahkan Islam sebagai satu agama. Keadaan ini boleh mengeruhkan hubungan murni antara orang Islam dengan bukan Islam.

Laporan neologisme Islamofobia dilancarkan pada 1996 oleh Suruhanjaya Mengenai Masyarakat Islam British dan Islamofobia. Pada 1997 suruhanjaya itu mengeluarkan laporan ‘Islamophobia: A Challenge For All Of Us’, dengan memberikan komponen dikenal pasti (menurut pandangan mereka) mengenai Islamofobia.

  • Pertama, Islam dilihat sebagai blok monolitik, statik dan tidak responsif kepada perubahan.

  • Kedua, Islam dilihat sebagai pemecah belah.

  • Ketiga, ia tidak mempunyai nilai yang sama dengan budaya lain, tidak memberi kesan dan tidak mempengaruhinya.

  • Keempat, Islam dilihat sebagai rendah kedudukan, kasar, tidak rasional, primitif dan diskriminasi jantina.

  • Kelima, Islam dilihat sebagai keganasan, agresif, mengecam, menyokong pengganasan dan terbabit dalam pertembungan budaya.

  • Keenam, kritikan umat Islam terhadap Barat ditolak.

  • Ketujuh, cemuhan terhadap Islam digunakan untuk menjustifikasikan amalan diskriminasi dan pengasingan umat Islam dalam arus perdana masyarakat.

    Ketujuh-tujuh komponen itu menunjukkan berlakunya salah faham sangat ketara berkenaan Islam di kalangan masyarakat Barat. Dakwaan dan andaian ditanam dalam minda mereka seterusnya diterjemahkan melalui tindakan zahir, baik melalui kekerasan fizikal mahupun perbualan harian.

    Ia menunjukkan satu bebanan tanggungjawab besar perlu dipikul umat Islam untuk memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat bukan Islam khususnya di Barat. Dunia Islam menganggap salah faham mengenai Islam dan nilainya adalah penyebab Islamofobia.

    Islamofobia akan berterusan kerana cara inilah Barat dapat menggugat dan menyekat kemaraan Islam. Namun semakin mereka menekan, semakin laju langkah umat Islam kerana cahaya Allah tidak akan padam.

    Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah al-Saff, ayat 8)

    Untuk menghadapi fenomena ini, umat Islam perlu bijak mengatur langkah dan strategi berkesan antaranya membina kefahaman mengenai Islam dalam setiap diri individu Muslim. Aspek paling asas patut diselesaikan umat Islam.

    Umat Islam tidak perlu mencipta polisi atau dasar lain sebagai penyelesaian kerana penyelesaian sudah tersedia sejak dulu lagi. Paling penting kemampuan umat Islam menyesuaikan era pascamodenisme ini dengan kesyumulan Islam.

    Umat Islam juga perlu berusaha memberi kefahaman kepada Muslim dan bukan Muslim mengenai tuduhan yang dipalitkan terhadap Islam khususnya di Barat.
    Namun sukar kerana penguasaan media secara global oleh Barat.

    Islam perlu maju dalam bidang teknologi bagi membolehkan umat menepis tuduhan serta fitnah. Mengadakan dialog antara pemimpin agama dapat membantu menjernihkan fenomena Islamofobia.

    Menghadapi situasi yang mencengkam umat kini, unsur persaudaraan harus menjadi tali penghubung dan pengikat seluruh umat Islam. Jika kita bersatu di bawah ikatan akidah, maka akan terhasillah kesatuan pemikiran dapat menghasilkan kesatuan tindakan.
  • Bangsa Arab punca Muhammad dimusuhi

    Original Source:
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

    Bangsa Arab punca Muhammad dimusuhi

    KISAH mengenai kaum Yahudi, dalam buku Sirah Nabawiah, yang diterjemahkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) jelas membuktikan bahawa kaum itu tidak boleh diharapkan. Mereka memandang Islam dengan pandangan yang penuh kebencian dan dendam kesumat.

    Tidak menghairankan sehingga ke hari ini mereka tetap begitu.

    Ini kerana nabi terakhir yang mereka tunggu-tunggu selama ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Taurat mahupun Injil bukan daripada kalangan bangsa Yahudi tetapi berbangsa Arab.

    Ini menyebabkan Yahudi tidak dapat menerima hakikat bahawa tiada lagi nabi dari kalangan mereka. Malah, kali ini terpaksa pula 'tunduk' kepada orang Arab.

    Penulis buku itu, Al Mubarakfuri berkata, sebab itu sukar untuk mententeramkan fahaman kebangsaan yang terlalu menebal dan menguasai jiwa dan akal fikiran mereka.

    "Sedangkan dakwah Islam pula ialah dakwah yang bertujuan menyatukan hati-hati yang tidak sehaluan serta memadamkan api permusuhan dan benci membenci antara satu sama lain.

    "Dakwah Islam juga mengajak kita supaya bersikap amanah dalam segenap urusan, memakan sumber yang halal dan harta yang baik-baik sahaja," katanya.

    Ini bererti kabilah-kabilah Yahudi di Yathrib juga akan disatukan di bawah prinsip-prinsip itu.

    Jika itu berjaya dilakukan pastinya penduduk Yathrib akan terlepas juga akhirnya dari cengkaman Yahudi apabila kaum itu tidak lagi boleh menguasai perniagaan yang tidak adil dan amanah.

    Mereka akan dihalang memiliki harta secara keuntungan besar daripada riba yang selama ini menjadi sumber utama mereka memperolehi kekayaan.

    Malah ada kemungkinan kabilah-kabilah Arab yang lain akan mulai sedar lalu meminta supaya dipulangkan semula harta-harta yang diambil oleh orang Yahudi secara riba itu.

    Iaitu seperti tanah dan kebun-kebun yang sebelum ini telah jatuh ke tangan bangsa tersebut.

    Namun bangsa Yahudi di awal kehadiran Nabi Muhammad di Yathrib dikatakan telah mengambil kira kesemua perkara tersebut sejak mereka dapati Islam mula mendapat kedudukan yang stabil di Yathrib.

    Oleh itu, mereka telah menyembunyikan permusuhan ketat mereka terhadap Islam dan Nabi Muhammad sejak baginda mula sampai di Yathrib.

    Namun mereka tidak menzahirkan atau menampakkan penentangan tersebut kecuali selepas baginda dan umat Islam semakin bertapak kukuh di Yathrib sehingga dalam banyak peristiwa Yahudi sendiri sanggup menjadi musuh dalam selimut atau duri dalam daging. Mereka menjadi pengkhianat dan bersekongkol dengan musuh Islam yang sebenar, iaitu kafir Musyrikin Mekah.

    Thursday, August 19, 2010

    Al-Quran, sunnah wajib jadi sumber utama rujukan

    Original Article : http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/Ihya/20090819160250/Article/index_html

    Al-Quran, sunnah wajib jadi sumber utama rujukan

    Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

    PASANGAN suami isteri, yang hendak berjimak pada siang hari, wajib membatalkan puasa mereka malah si suami wajib membayar denda (kifarah) seperti yang ditetapkan oleh syarakAL-QURAN al-Karim adalah mukjizat terbesar dan teragung yang dikurniakan Allah kepada Rasulullah. Al-Quran yang padat dengan wahyu Ilahi adalah cahaya yang menerangi kehidupan manusia sejagat ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.

    Oleh itu, sesiapa yang berpegang teguh dengan segala ajaran yang terkandung dalamnya, maka dia akan beroleh pelbagai kurniaan dan ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah. Selain itu, al-Quran memelihara diri daripada terjebak ke kancah kesesatan dan kefasikan.

    Al-Quran adalah kalamullah atau wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasulullah melalui Jibril pada Ramadan. Ini sebagaimana ditegaskan Allah dalam surah al-Qadr, ayat 1 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam al-Qadar.” Penurunan al-Quran pada malam itu melengkapkan kelebihan dan keistimewaan yang menghiasi Ramadan yang penuh berkat itu.

    Seterusnya, umat Islam dituntut untuk meyakini bahawa al-Quran adalah kitab suci daripada Allah, bukannya ciptaan manusia mahupun ciptaan Rasulullah.

    Justeru, beriman kepada al-Quran termasuk salah satu Rukun Iman yang enam yang menjadi tonggak utama kepada addin Islam yang diredai Allah. Dalam hal ini, Allah menolak dakwaan orang kafir Musyrikin yang meragui kebenaran al-Quran. Mereka menganggap bahawa al-Quran adalah ciptaan Nabi Muhammad yang diajar oleh golongan cerdik pandai dan kemudian membukukannya. Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) daripada Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat untuk meneguhkan iman orang yang beriman dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang menggembirakan bagi orang Islam. Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui bahawa mereka yang musyrik itu berkata: Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia. (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing sedangkan al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.” - (Surah an-Nahl, ayat 102-103)

    Mafhum ayat suci itu jelas mengisyaratkan bahawa al-Quran dibawa oleh malaikat Jibril daripada Allah untuk pengukuhan keimanan orang yang beriman dengan isi kandungannya. Ia mengandungi dalil tegas yang membuktikan keesaan Allah Pencipta alam semesta, kekuasaan-Nya dan keluasan ilmu-Nya.

    Pada masa sama, al-Quran juga menggalakkan umat manusia agar memerhati dan menyelidiki alam langit dan bumi berpandukan dengan suluhan al-Quran yang berisi panduan hidup. Ia berupaya memajukan mereka dalam semua lapangan hidup meliputi akhlak, kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk mencapai peringkat yang tidak dapat ditandingi oleh umat lain.

    Ringkasnya, al-Quran adalah sumber ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu sehingga terbentuk satu prinsip kerukunan hidup yang serba lengkap di dunia dan akhirat kelak. Justeru, al-Quran sewajibnya diangkat sebagai teras dan sumber rujukan utama yang mendasari seluruh aspek kehidupan manusia, bukan sekadar hiasan yang tergantung pada dinding rumah atau hiasan.

    Sebenarnya makna beriman kepada al-Quran tidak hanya sekadar itu, malahan menuntut beberapa ciri atau perkara yang juga pelengkap kepada pengertian beriman kepada al-Quran.

    Antara makna beriman kepada al-Quran ialah selaras dengan seruan Rasulullah kepada umatnya agar sentiasa membaca al-Quran. Baginda pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengazabkan orang yang hatinya sentiasa mengingati al-Quran dan beramal dengannya.” (Hadis riwayat At Tausi)

    Dalam satu hadis lain, Baginda bersabda maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Lebih-lebih lagi, membaca al-Quran amat digalakkan bukan saja pada Ramadan, bahkan pada bulan lain. Di samping itu, adab dan peraturan membaca al-Quran perlulah dipelihara. Kita juga dituntut memperelokkan bacaannya agar termasuk dalam koleksi amalan soleh yang diterima Allah. Bukankah Rasulullah sering kali bertadarus al-Quran bersama Jibril sepanjang malam Ramadan.

    Selain membaca, setiap Muslim dituntut untuk memahami dan menghayati maksud, makna, pengertian dan pengajaran yang tersurat dan tersirat dalam kitab al-Quran. Ini bertepatan dengan agenda al-Quran sebagai pembawa berita gembira dan amaran kepada warga alam sejagat.

    Di samping itu, al-Quran adalah kitab Allah yang mengandungi hukum-hakam dan panduan hidup yang lengkap bagi menjamin kelangsungan insan ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan sejati.

    Dalam hal ini, Allah berfirman bermaksud: “Haa Mim. Turunnya kitab ini daripada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu iaitu al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.” - (Surah Fussilat, ayat 1 - 4)

    Kefahaman tepat dan betul kepada isi kandungan al-Quran amat penting dalam mencorakkan tasawwurnya kepada Islam serta memerangi ajaran sesat dan kebatilan dalam minda dan hati umat manusia.

    Untuk itu, sunnah wajar diangkat sebagai sumber rujukan utama untuk menerang dan menjelaskan maksud kabur dalam al-Quran. Justeru, al-Quran dan sunnah seumpama teman yang tidak dapat dipisahkan sebagai rujukan utama dalam setiap bidang lapangan hidup.